Will Smith Dilarang Hadiri Oscar Selama 10 tahun Ekoran Insiden Tampar Chris Rock

Will Smith Dilarang Hadiri Oscar Selama 10 tahun Ekoran Insiden Tampar Chris Rock

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Will Smith dilarang menghadiri acara Oscar selama 10 tahun selepas pemenang anugerah pelakon lelaki terbaik itu menampar pelawak Chris Rock di atas pentas akhir bulan lalu.

Langkah itu diputuskan lembaga gabenor Akademi Seni dan Sains Filem dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Jumaat.

“Namun detik itu dicemari oleh tindakan berbahaya dan tidak boleh diterima Smith seperti yang kita lihat berlaku di atas pentas,” kata Presiden Akademi David Rubin dan Ketua Eksekutif Dawn Hudson dalam satu kenyataan bersama.

Dalam satu kenyataan balas, Smith berkata beliau “menerima dan menghormati keputusan yang dibuat pihak Akademi”.

Larangan itu bermakna Smith tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan, seperti tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.

Minggu lalu, Smith meletak jawatan daripada Akademi dan berkata sedia menerima sebarang hukuman yang dijatuhkan oleh Akademi itu.

Bagaimanapun, pihak Akademi membenarkan Smith untuk kekal menerima anugerah pelakon terbaiknya bagi lakonannya dalam “King Richard.”

Pihak akademi juga memohon maaf kerana gagal menangani situasi yang berlaku antara Smith dan Rock dengan sebaiknya.

Sebelum ini pelakon berkenaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan memohon maaf pada Rock, penerbit Oscar, calon anugerah serta penonton acara tersebut.

Selain daripada Oscar, Smith turut dilarang menghadiri acara dan program lain dianjurkan badan tersebut secara fizikal atau maya.

Namun badan berkenaan tidak menyatakan jika Smith layak dicalonkan untuk sebarang anugerah dalam tempoh tersebut.

Filem terbaharu Smith “Emancipation” mengisahkan seorang lelaki yang berjaya membebaskan diri daripada menjadi seorang hamba dijangka ditayangkan tahun ini.-AA

Will Smith Dilarang Hadiri Oscar Selama 10 tahun Ekoran Insiden Tampar Chris Rock

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker