Kelar Leher Sendiri Sebab Putus Cinta Punya Pasal…

Gombak: Akibat kecewa putus cinta, seorang remaja lelaki sanggup mengelar lehernya di rumah teman wanitanya di Kampung Laksamana, Selayang di sini, semalam.

Lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima laporan kejadian cubaan bunuh diri, pada 2.47 petang.

“Berdasarkan siasatan, semasa remaja itu berada di rumah teman wanitanya, berlaku salah faham dan remaja perempuan itu meminta untuk memutuskan hubungan.

“Dia cuba memujuk kekasihnya itu tetapi tidak diendahkan lalu pergi ke dapur mengambil sebilah pisau dan mengelar lehernya sendiri sehingga pengsan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan kejadian, Arifai berkata, kekasihnya yang panik melihat tindakan lelaki itu segera menghubungi pihak hospital.

Beliau berkata, remaja terbabit dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan-HM

[VIDEO] “Gugur Air Mata Jantan” – Remaja Ini Nangis Lepas Throwback Kenangan Bekas Kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker