Lelaki rogol isteri rakan sarat mengandung dijel 15 tahun


Lelaki rogol isteri rakan sarat mengandung dijel 15 tahun

MELAKA – Perbuatan keji seorang lelaki sanggup merogol isteri rakannya sendiri yang sarat mengandung berbalas selepas dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 25 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Pemuda itu didapati merogol wanita berusia 26 tahun di sebuah rumah di Merlimau, Jasin pada pukul 4.20 pagi, 21 Januari 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa sedang tidur sebelum didatangi tertuduh yang menutup muka menggunakan kain putih.

Lelaki itu kemudian mengugut mangsa menggunakan pisau dan memaksanya menanggalkan pakaian sebelum merogolnya.

Ketika kejadian, wanita tersebut mengandung tujuh bulan dan tinggal seorang diri, manakala suaminya menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah. Hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 24 Januari lalu. K Online

Lelaki rogol isteri rakan sarat mengandung dijel 15 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker