Elak dicekup, geng plastik hitam guna khidmat penghantar makanan

Elak dicekup, geng plastik hitam guna khidmat penghantar makanan

Taktik “geng plastik hitam” tidak berpuasa semakin licik selepas dipercayai menukar modus operandi dengan memesan makanan menggunakan khidmat penghantaran makanan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Nik Azlan Nik Man, ketika mendedahkan perkara itu berkata pihaknya kini memberi fokus memantau perkhidmatan penghantaran makanan.

“Kami mengesyaki mereka ubah taktik dengan menggunakan khidmat penghantaran makanan dan kemudian makan di taman di gazebo termasuk di rumah kosong. Kami akan ubah pemantauan bagi mengesan taktik baharu ini termasuk mengesan lokasi makanan itu dihantar.

“Pihak kami sentiasa melakukan rondaan setiap hari bagi mengesan umat Islam yang makan di tempat awam pada Ramadan. Bagaimanapun, setakat ini anggota penguat kuasa tidak menemukan sebarang kes dan kami mengesyaki mereka yang terlibat menukar taktik.

“Apabila menggunakan khidmat penghantaran makanan ke premis seperti rumah persendirian jadi tidak ada isu pula makan di tempat awam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Nik Azlan memohon kerjasama orang ramai membuat aduan kepada pihaknya jika mendapati terdapat individu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 114 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 berkaitan tidak menghormati Ramadan.

Sementara itu, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Amran Awaludin, mengingatkan individu tidak berpuasa mungkin terlepas dikenakan tindakan undang-undang.

“…yang menjadi kesalahan kerana makan di khalayak ramai dan premis awam, tetapi jika mereka makan di tempat persendirian, itu antara dia dan Allah,” katanya. FMT

Elak dicekup, geng plastik hitam guna khidmat penghantar makanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker