KPN saran haram kapcai prestasi tinggi
KPN saran haram kapcai prestasi tinggi
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani melahirkan kebimbangan terhadap lambakan motosikal “kapcai” lincah berprestasi tinggi sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata, kehadiran kapcai laju itu adalah antara punca utama peningkatan kadar nahas jalan raya.
“Inilah (kapcai laju) antara penyumbang kepada tingginya kemalangan dan kematian dalam kalangan penunggang motosikal dan (kegiatan) merempit,” katanya kepada FMT.
Beliau juga menyarankan model kapcai lincah yang berkemampuan tinggi yang ditunggang melebihi had laju wajib itu dilarang berada di jalan raya serta penjualannya di pasaran diharamkan.
Saranan Acryl Sani itu adalah susulan pendedahan beberapa portal berita automotif tempatan yang melaporkan keterujaan peminat permotoran terhadap motosikal tersebut.
Ia selepas tersebarnya video mengenai model keluaran terbaru, iaitu Suzuki Raider R150 Fi, juga dikenali dalam kalangan peminat motosikal sebagai ‘Si Belang’, yang mencecah kelajuan 177 km/j melalui ujian terkini mesin “dyno”.
“Kenderaan (kapcai) seperti ini wajib diharamkan di Malaysia (kerana) tidak ada relevensi kelajuan 177 km/j di jalan raya sedangkan had laju maksimum adalah 110 km/j (di lebuh raya),” tegas Acryl Sani.
Menerusi ujian teliti pada mesin “dyno”, motosikal kapcai yang dipasarkan dengan harga RM8,173 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) itu, menunjukkan ‘Si Belang’ mampu merekodkan kelajuan maksimum antara 150 km/j hingga 160 km/j.
Jentera “dyno” adalah sebuah peranti yang mengukur daya, tork atau kuasa sesebuah kenderaan.
Dalam pada itu, Acryl Sani menggesa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) memainkan peranan utama mengkaji arah tuju permotoran serta merangka polisi motosikal selamat pada masa hadapan.
“Miros hendaknya jadi badan pendesak,” tambahnya.
Statistik nahas setakat Ogos tahun lalu menunjukkan bahawa bagi setiap 10 orang yang maut di jalan raya, tujuh merupakan pengguna motosikal dengan majoriti kematian adalah terdiri daripada pengguna kapcai.
Sejak 2019, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melancarkan “perang” ke atas kapcai popular Yamaha 15ZR atau lebih dikenali sebagai Y-Suku yang dikatakan mampu mencecah kelajuan 160 km/j setelah diubah suai dan kerap digunakan sebagai kenderaan lumba haram.
Pada mesyuarat agung tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya tiga tahun lalu, seorang pegawai kanan JSPT mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan agar kategori pelesenan motosikal B3 yang baharu diwujudkan untuk golongan belia dengan hanya dibenarkan menunggang motosikal elektrik berkuasa rendah atau motosikal “combustion” 100cc ke bawah menjelang 2025.
“Jika kita mempunyai kategori pemegang lesen baharu ini, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa. Ia akan memanfaatkan negara. Jika kita mempunyai dasar jangka panjang bagi mengawal kumpulan sasaran 16 hingga 25 tahun dan membentuk budaya baharu untuk mereka hanya menunggang motosikal berkuasa rendah,” kata Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bakri Zainal Abidin.
Enam bulan lalu, seorang perancang pengangkutan menyarankan agar motosikal kapcai “underbone” dihentikan penjualannya di pasaran secara berperingkat dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah untuk membendung kematian dan nahas jalan raya yang tinggi dalam kalangan pengguna motosikal. FMT
KPN saran haram kapcai prestasi tinggi
Baca Artikel Menarik:
- Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir
- Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta?
- Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi
- Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini
- Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat
- Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ
- Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video)
- Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video)
- PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN
- Adakah terdapat gunting dalam lipatan?
- “Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka
- PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim
Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie