‘Bang Chik’ akhirnya dicekup polis selepas 23 kali pecah tabung masjid

‘Bang Chik’ akhirnya dicekup polis selepas 23 kali pecah tabung masjid

AYER KEROH: Kelicikan seorang penganggur melakukan jenayah pecah tabung masjid sekitar Melaka terbongkar apabila dicekup pihak polis di sebuah rumah di kawasan Pantai Puteri, Tanjung Kling, Jumaat lalu.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan hasil serbuan pegawai dan anggota pasukan petugas dari cawangan (D4) Risikan/Operasi/Rekod, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menerusi Op Tabung kira-kira pukul 12.15 pagi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bergerak seorang diri terlibat dengan 23 jenayah pecah tabung masjid dan surau di sekitar Melaka.

“Suspek telah mengaku melakukan jenayah pecah tabung masjid dan surau di sekitar Melaka dengan pecahan 16 kes di daerah Melaka Tengah, enam kes di Alor Gajah dan satu kes di Jasin.



“Selain tu, suspek juga mengaku melakukan pecah tabung di beberapa masjid dan surau di Negeri Sembilan yang mana hasil duit yang diperolehi daripada jenayah tersebut telah gunakan untuk perbelanjaan harian, membaiki motosikal dan membeli dadah,”katanya dalam yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi digunakan oleh suspek yang dikenali sebagai ‘Bang Chik’ itu adalah dengan memecah masuk masjid dan surau yang tidak berkunci.

Katanya, suspek juga melakukan jenayah berkenaan antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi sebelum jemaah hadir untuk solat Subuh.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua buah motosikal serta beberapa peralatan dan pakaian yang dipercayai digunakan suspek dalam jenayah pecah tabung masjid surau di Melaka.



“Suspek yang mempunyai 13 rekod jenayah dan enam rekod dadah kini direman sehingga hari ini untuk siasatan lanjut,” tambahnya.

Dalam pada itu, Zainol berkata, pada suku pertama tahun ini kes pecah tabung masjid dan surau di Melaka menunjukkan trend yang membimbangkan.

“Berdasarkan statistik dari tempoh Januari hingga Mac 2022, sebanyak 41 kes telah dilaporkan dengan 30 kertas siasatan telah dibuka.

“Manakala bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021, hanya 17 kes sahaja dilaporkan dengan 11 kertas siasatan telah dibuka dengan peningkatan 24 kes,” katanya.-AA



‘Bang Chik’ akhirnya dicekup polis selepas 23 kali pecah tabung masjid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker