Lapan Unit Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Jalan Alsagoff

Lapan Unit Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Jalan Alsagoff

PONTIAN: Peniaga di Jalan Alsagoff di sini diuji pada hari keempat Ramadan apabila kedai diusahakan mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.30 petang pada Rabu.

Kebakaran melibatkan premis menjual barangan persiapan haji dan umrah, kedai tudung, basikal serta bengkel motosikal.



Pekerja kedai tudung, Khadijah Misnon, 21, berkata, api marak begitu cepat menyebabkan stok tudung yang diletakkan di dalam stor tidak sempat diselamatkan.
Menurutnya, kejadian disedari selepas dimaklumkan oleh pemilik kedai barangan haji dan umrah, Normah Adam, 66, yang memintanya segera menghubungi pihak bomba.

“Jiran di kedai bersebelahan (Normah) beritahu terdengar bunyi letupan kuat, tidak lama selepas itu saya dan dua lagi rakan, Farah Najwa Kamaruz Zaman,19, dan Izza Irdina Mohd Hakim,19, nampak asap.

“Kami cuba selamatkan barang di dalam kedai dan turut dibantu orang awam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu Noratika Tik, 24, yang merupakan cucu kepada Normah memberitahu neneknya masih lagi trauma dengan kejadian kebakaran yang berlaku itu.

Katanya, neneknya sudah mengusahakan kedai terbabit sejak 12 tahun lalu.

“Stok barang persiapan umrah dan haji seperti songkok, kurta, selipar, kain, tudung serta telekung yang baharu dibeli dan diletakkan di dalam kedai kebanyakannya hangus.



“Hanya sedikit yang dapat diselamatkan dan kerugian dianggarkan lebih kurang RM50,000,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Jalan Alsagoff, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Azhar Abd.Jalil berkata, seramai 24 anggota bomba dari BBP Pontian, Pekan Nanas dan Pontian Baru bersama tiga jentera dan sebuah lori tangki dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 petang.

Katanya, kebakaran melibatkan lapan unit bangunan rumah kedai yang berusia lebih 40 tahun.

“Api marak dengan cepat memandangkan bangunan itu dibina daripada kayu dan batu.



“Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku, punca kebakaran masih disiasat,” katanya.-SH

Lapan Unit Kedai Musnah Dalam Kebakaran Di Jalan Alsagoff

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker