Anuar Zain Jelaskan Sebab Belum Jumpa Bayi Ernie dan Syamel “Tak Berani Lagi, Bimbang…”
Anuar Zain Jelaskan Sebab Belum Jumpa Bayi Ernie dan Syamel “Tak Berani Lagi, Bimbang…”
PENYANYI tersohor Anuar Zain akui masih belum berkesempatan menziarahi bayi sulung pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel.
Menurut Anuar, ada sebab mengapa dia berbuat demikian dan antaranya juga adalah kerana mahu menunggu hingga Ernie selesai berpantang.
“Kalau tinggal satu rumah okaylah kalau kita tengok. Tapi yang tinggal berasingan walaupun saudara mara atau kawan baik sekali pun saya tak berani lagi.
“Saya ada cakap dekat Ernie, lepas habis berpantang barulah saya datang melawat bayi mereka.
“Sekarang ini saya tengok daripada foto yang dikongsi sahaja.
“Comel betul, mata cantik. Bibir macam mak dia, putih gebu! Ada ikut muka mak dia la,” katanya.
Tambah Anuar, dia juga menolak untuk bertemu dengan bayi yang baru dilahirkan kerana bimbang jika boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.
“Ramai saja yang undang datang ke rumah, tapi saya tolak sebab semasa berpantang itu bayi masih lemah, kita dari luar tak tahu bawa apa, datang dari mana.
“Jadi untuk elakkan daripada benda-benda tak diingini itu, jadi kita tunggu habis pantang.
“Kalau selepas itu nak melawat pun kena waktu siang, malam-malam tak boleh. Kita kena berjaga-jaga sebab mereka itu masih bayi,” katanya.
Anuar berkata demikian pada majlis sidang media Misi Kemanusian Syria Care 13.0 yang diadakan di Pejabat Syria Care, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Sekadar info, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.-AA
Anuar Zain Jelaskan Sebab Belum Jumpa Bayi Ernie dan Syamel “Tak Berani Lagi, Bimbang…”
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
- Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
- Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
- Resepi daging paprik merecik
- Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
- Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
- Najib tidak beri kelulusan – Saksi
- Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
- Resepi udang masak diraja viral
- Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
- Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
- Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.