PPBM sedia benar bukan melayu pegang jawatan parti, kata Muhyiddin

PPBM sedia meminda perlembagaan bagi membolehkan ahli bukan Melayu memegang jawatan dalam parti itu.

Presidenya Muhyiddin Yassin berkata, 1 jawatankuasa akan dibentuk diketuai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Rais Yatim sebelum perkara itu dimuktamad pucuk pimpinan parti.

Katanya, jika cadangan itu diterima MPT, 1 mesyuarat agung luar biasa akan didakan untuk meminda perlembagaan parti.

“Dalam mesyuarat MPT PPBM lalu, saya bawa usul untuk bolehkan ahli bersekutu (bukan Melayu) menyumbang idea bukan setakat ahli biasa, tapi berperanan beri idea dan terlibat dalam kepimpinan. Bentuk ‘chapter’ baru dalam PPBM.

“Kami cadang pembetukan bab baru yang membolehkan ahli bersekutu memegang jawatan dan menyumbang idea untuk memajukan parti. “Satu jawatankuasa di bawah Rais Yatim dibentuk dan akan kemuka kepada saya dan dibawa ke MPT.

“Sekiranya diterima kita akan adakan mesyuarat agung luar biasa untuk pinda perlembagan PPBM agar ia dapat dilaksanakan,” katanya ketika berucap dalam Kongres Negara
2020 hari ini.

Sebelum ini PPBM hanya membuka keahlian kepada bukan Melayu sebagai ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan dalam parti. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker