10 Juadah Paling Popular Di Bazar Ramadan

10 Juadah Paling Popular Di Bazar Ramadan

Setiap kali bulan puasa tiba, bazar Ramadan merupakan destinasi yang akan dikunjungi rakyat Malaysia. Ramai orang ke bazar ramadhan untuk mencari makanan yang mudah untuk makan dan ada juga yang ke bazar untuk mencuba sesuatu makanan yang lain daripada yang lain. Walaupun bazar ramadhan dipenuhi dengan seribu satu jenis makanan, tetapi ada 10 juadah yang akan dicari orang ramai dari dulu hingga kini. Ini adalah 10 juadah yang popular di bazar ramadhan setiap tahun:

1. Tepung Pelita

Haa, pergi la kemana-mana bazar ramadhan pun, pasti anda akan nampak ramai orang beratur untuk membeli kuih Tepung Pelita ini. Tapi, memang tak dapat dinafikan rasa Tepung Pelita yang sangat sedap dengan teksturnya yang lembut dan cair dalam mulut sebab itulah ia menjadi kuih paling digemari sepanjang Ramadan. Tepung Pelita dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.



2. Popiah Basah

Popiah basah adalah antara kuih popular dan dicari-cari pengunjung bazar Ramadan. Memang jaranglah kalau tak nampak gerainya orang tak beratur. Popiah basah sangat digemari ramai kerana rasanya yang pedas, lembut diluar, tetapi sayuran di dalam yang memberikan kerangupan. Memang favourite ramai la.

3. Murtabak

Murtabak daging dan ayam adalah antara makanan yang sangat popular semasa bulan Ramadan. Murtabak selalunya kita akan makan dengan kuah bawang cuka dan kuah kari yang pekat memikat. Tambah pula, murtabak zaman sekarang ini diberikan banyak rasa tambahan, contohnya tambah cheese fuhh lagi bertambah sedap untuk dimakan!



4. Roti John

Walaupun Roti John senang dan boleh dibuat dirumah, tapi ramai yang suka untuk membeli roti john di bazar Ramadhan kerana ia boleh didapati dalam roti yang bersaiz panjang. Bukan tu je, Roti John juga akan disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran ramai semestinya lah roti john ayam yang ditambah cheese! Memang nikmat inti ayam bersalut telur, mayonis, sos cili dan sos blackpepper ini terasa selepas mengigitnya!

5. Ayam Percik

Tak sah kalau tak nampak asap berkepul-kepul di bazar kan? Haa, itulah tempat orang menjual Ayam Percik! Ayam percik ni memang ramai yang beratur untuk beli. Mana tidaknya, dia punya bau sahaja pun dah cukup membuatkan kita terliur dan tak sabar untuk berbuka.



6. Sate

Sate juga merupakan juadah yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Masuk je bazar ramadhan memang dah dapat bau sate ini. Ia dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang. Hidangan tradisional ini pastinya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa.

7. Kebab

Kebab kebiasaanya akan menjadi juadah yang dibeli bagi merekayang rambang mata, tak tahu juadah yang mana nak dibeli di bazar Ramadhan. Ia biasanya diapit dalam roti pita bersama sayuran, sos cili dan mayonis.

8. Ikan Bakar

Hidangan ikan bakar ini selalunya akan dihidangkan dengan air asam atau pun sos pencicah yang sangat sedap dan pasti akan membuka selera anda jika dimakan bersama nasi putih sewaktu berbuka. Selalunya ikan bakar yang paling diminati ramai adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.

9. Nasi Tomato

Di pasar Ramadhan, memang tak sah kalau tiada Nasi Tomato ini. Nasi Tomato adalah antara juadah yang simple tapi diminati ramai orang.

10. Air Mangga

Air Jus sejak beberapa tahun lalu telah mencipta populariti tersendiri dan menjadi menu minuman yang sangat dicari di bazar Ramadan kini. Tetapi, Air Manga lah antara air yang pasti akan dicari orang ramai kerana rasa manis dan kesegarannya.

10 Juadah Paling Popular Di Bazar Ramadan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker