Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM

Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung projek membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, ketika ini siasatan lanjut mengenai kes itu masih berjalan.

“Ada kemungkinan besar (dipanggil) tetapi bukan sekarang,” katanya.

BH difahamkan, SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu.

Malah ketika ini, difahamkan tiada sebarang pembekuan aset yang dilakukan SPRM berhubung siasatan terhadap membabitkan percetakan buku itu, walaupun dua individu sudah ditahan semalam.

Sementara itu, BH sudah menghubungi Radzi menerusi aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu, namun tidak mendapat maklum balas lanjut, setakat jam 2 petang ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan dua individu, termasuk bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan.

Mereka ditahan jam 11 malam kelmarin ketika diminta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, sebelum Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Nur Adilah Halid membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman kedua-dua suspek selama empat hari bermula hari ini hingga 26 September 2023.

Susulan itu, Radzi dalam satu kenyataan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.

“Saya tiada sebarang kaitan dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sama sekali. Saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat OTR One & Only tersebut.

“Isteri saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat ATR One & Only tersebut. Perkara ini jelas kepada sesiapa yang sanggup membuat carian ke atas syarikat ATQ One & Only berkenaan,” katanya yang mengesahkan dua bekas pegawainya itu ditahan.

BH semalam melaporkan, projek itu membabitkan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

“Suspek pertama berusia dalam lingkungan 20-an yang juga bekas setiausaha politik kepada seorang bekas menteri kanan manakala suspek kedua ialah pemilik syarikat berusia lewat 50-an.

“Mereka dipercayai bersubahat dengan bekas menteri kanan itu meminta dan menerima rasuah melalui syarikat suspek kedua daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku secara rundingan terus,” kata sumber itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. BH

Radzi Jidin akan dipanggil menghadap SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker