Lelaki warga emas maut dipukul, 2 wanita ditahan

Lelaki warga emas maut dipukul, 2 wanita ditahan

Dua wanita warga asing ditahan susulan kes seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun maut dipukul dalam kejadian di Jalan Pasar, Pudu, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya menerima laporan daripada petugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memaklumkan menerima seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri sebagai pesakit pada 11.55 malam, hari sama.

“Hasil pemeriksaan awal dilakukan mendapati lelaki berkenaan mengalami kecederaan di muka serta dada dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 2.55 petang, semalam. Siasatan dilakukan mendapati mangsa ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di kaki lima sebuah premis di Jalan Pasar,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan dipercayai dipukul pada 2 pagi, hari sama.

Dellhan berkata, susulan itu pihaknya menahan dua wanita warga asing masing-masing berusia 45 dan 49 tahun dalam serbuan antara 3.45 petang hingga 8.43 malam tadi.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 6 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03 26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03 21159999 atau balai polis berhampiran. FMT

Lelaki warga emas maut dipukul, 2 wanita ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker