Pengeluaran khas KWSP, bayaran 20 April ini
SHAH ALAM – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat bayaran bagi pengeluaran khas secara sekali pembayaran (single payment) kepada pencarum yang layak pada 20 April ini.
KWSP dalam laman Facebook pada Selasa turut menyenaraikan beberapa syarat kelayakan pengeluaran khas seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.
KWSP menetapkan syarat pengeluaran adalah bagi pencarum warganegara dan bukan warganegara serta pemastautin tetap berumur 55 tahun ke bawah dengan jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun berkenaan.
“Amaun pengeluaran minimum RM50, maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 dan jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan dengan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun berkenaan.
“Bayaran pengeluaran khas tersebut diberi keutamaan berbanding pengeluaran lain dan pembatalan permohonan serta pindaan amaun tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu KSWP turut mengingatkan pencarum untuk mengemaskini nombor telefon yang didaftarkan serta memastikan nombor akaun bank simpanan atau semasa kekal aktif.
Bagi pencarum yang tidak mempunyai akaun bank, mereka boleh memilih arahan bayaran sebagai kaedah bayaran dan hanya akaun di atas nama ahli sahaja dibenarkan untuk tujuan berkenaan.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perkara itu katanya, merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.
Bagaimanapun, katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan
- Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar
- Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]
- Mabuk punya pasal
- BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP
- Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia
- Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni
- 2 artis berdepan hukuman gantung
- Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak
- Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
- Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa
- Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)
Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’