Buruh kampung dicekup ratah anak kandung sejak setahun

KOTA BHARU – Seorang buruh kampung diberkas selepas dipercayai memperkosa anak kandungnya yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh dekat sini sejak setahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek berusia 49 tahun dicekup selepas isterinya membaca perbualan lucah dua beranak itu menerusi aplikasi WhatApps pada telefon pintar anaknya, Jumaat lalu.

Menurutnya, menerusi laporan yang dibuat oleh ibu mangsa, polis telah menahan suspek di rumahnya di sebuah kampung di Pasir Puteh dekat sini semalam.

“Siasatan awal mendapati, ibu dan bapa mangsa berkahwin pada tahun 2004 sebelum bercerai tiga tahun kemudian semasa remaja itu berusia enam bulan. Mangsa kini tinggal bersama ibunya di Melor, dekat sini bersama seorang lagi adik-beradiknya.

“Berdasarkan keterangan mangsa, dia pertama kali dirogol tahun lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bapanya. Lelaki itu memesan kepada remaja itu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun termasuk ibunya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Sumbangan Warga Asnaf Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien memberitahu, siasatan mendapati, kekerapan bapa merogolnya dianggarkan sekali seminggu dan kejadian tersebut menyebabkan remaja berkenaan ketagih untuk melakukan perhubungan terlarang itu.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa, kali terakhir lelaki itu merogolnya pada Khamis lalu dan dia turut memaklumkan mereka telah melakukan perhubungan itu lebih 10 kali.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu akan mengambil mangsa di rumah pada waktu malam secara senyap-senyap semasa ibunya sedang tidur dan menghantar anaknya semula sebelum wanita tersebut terjaga.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan doktor mengesahkan remaja itu tidak mengandung selain ada kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya.

Tambah Shafien, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan rogol dan sumbang mahram.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker