Pengadil minta autograf Messi digantung enam bulan
Pengadil minta autograf Messi digantung enam bulan

London: Pengadil Marco Antonio Ortiz Nava, 36, digantung enam bulan daripada mengadili perlawanan di kejohanan Concacaf susulan insiden membabitkan Lionel Messi.
Ortiz Nava bertugas pada perlawanan pusingan pertama Champions Cup yang dinantikan antara Inter Miami dan Sporting Kansas City pada 20 Februari.
Lionel Messi menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan itu di hadapan 15,178 penonton dalam cuaca sejuk.
Insiden yang menjadi kontroversi berlaku selepas wisel penamat apabila pengadil Ortiz Nava menghampiri Messi untuk meminta autografnya.
Laporan dari ESPN menyatakan pengadil dari Mexico itu menerima jersi daripada pemenang Ballon d’Or lapan kali tersebut tetapi dia telah menerima padah di atas tindakannya itu apabila digantung daripada mengendalikan pertandingan CONCACAF selama enam bulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Dalam satu kenyataan, Concacaf berkata kelakuan pengadil tersebut “tidak selaras dengan Kod Etika Konfederasi bagi pengadil dan proses sedia ada untuk permintaan seperti ini.
“Mereka juga menambah: “Pengadil tersebut telah mengakui kesilapannya, memohon maaf atas insiden itu, dan menerima tindakan disiplin yang dikenakan oleh Concacaf.”
Concacaf juga menjelaskan pengadil tersebut sebenarnya bercakap dengan Messi untuk meminta autograf bagi seorang ahli keluarga.
Namun, Ortiz Nava akan terus mengendalikan perlawanan di Liga MX Mexico semasa menjalani penggantungan tersebut dan baru-baru ini mengadili perlawanan liga antara Puebla dan Club Tijuana.
Pengadil minta autograf Messi digantung enam bulan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET