PAU 2021: UMNO menang bergaya dalam PRN sebab menteri UMNO ‘perform’

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan bergaya pada pilihan raya negeri (PRN) kerana menteri-menteri Umno menunjukkan prestasi yang baik dalam kerajaan, kata Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein.

“Kalau menteri kita tak ‘perform’ (tunjuk prestasi baik), saya rasa parti tak akan mencapai keputusan yang membanggakan pada PRN kerana prestasi kita pada PRN juga bersandarkan kejayaan dan prestasi kita dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

BN menang besar pada PRN Melaka dan Johor sehingga dapat membentuk kerajaan negeri.

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dalam ucapan perasmian perhimpunan sayap Umno sempena PAU berkata, prestasi wakil Umno dalam kerajaan ketika ini tidak meyakinkan.

Beliau mengakui, wakil parti dalam kerajaan telah cuba melakukan sehabis baik, namun hasilnya tidak menyerlah.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata, beliau sebagai wakil Umno dalam kerajaan turut mempersoalkan prestasi dirinya seperti dimaksudkan Mohamad.

“Apa bezanya Menteri Pertahanan (saya) sekarang dengan prestasi Menteri-Menteri Pertahanan sebelum saya yang kebetulan, presiden parti sendiri dan Najib Razak? Jadi apa bezanya, orang tuduh menteri-menteri Umno tak perform?” soalnya.

Bekas Naib Presiden Umno itu turut berkata, kenyataan sedemikian tidak seharusnya dilontarkan, sebaliknya semua pihak perlu menyambut seruan Presiden Ahmad Zahid Hamidi agar kerajaan dan parti bekerjasama rapat bagi memastikan kelangsungan perjuangan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS

Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker