KKM dedahkan warga emas tanpa vaksin paling tinggi kematian

KUALA LUMPUR: Kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan warga emas, terutama yang belum menerima vaksinasi lengkap dan dos penggalak adalah jauh lebih tinggi berbanding kumpulan umur yang lain, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan data bagi Minggu Epidemiologi (ME) 1/2022 hingga ME 10/2022, kadar kematian bagi warga emas berusia 80 tahun ke atas adalah lebih tinggi, iaitu 2,000 kes bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding warga emas berusia 60 hingga 79 tahun, iaitu 300 hingga 600 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

“Ini disebabkan daya tahan tubuh yang rendah, menghidapi pelbagai penyakit kronik dan faktor ‘frailty’ menyebabkan proses penyembuhan dan pemulihan daripada jangkitan Covid-19 juga lebih perlahan dan rumit,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Noor Hisham berkata, warga emas yang tidak menerima vaksin paling berisiko mendapat jangkitan teruk seterusnya mengakibatkan kematian. Sebaliknya individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan dos penggalak paling terlindung, dengan kes jangkitan Kategori 1 dan 2 melebihi kes Kategori 3 hingga 5.

Beliau berkata, sebanyak 86,804 kes Covid-19 melibatkan warga emas dilaporkan dari ME 1/2022 hingga ME 10/2022 dengan 83,709 kes atau 96.44% dalam Kategori 1 dan 2, manakala 3,095 kes atau 3.56% melibatkan Kategori 3 hingga 5.

“Ternyata peratus liputan vaksinasi yang agak tinggi dalam kalangan warga emas membantu mengurangkan kes Covid-19 yang serius bagi kumpulan ini. Namun liputan dos penggalak perlu dan boleh dipertingkatkan lagi daripada 74.2%, agar golongan ini lebih terlindung daripada bahaya komplikasi dan kematian akibat jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, kadar kemasukan ke hospital untuk warga emas meningkat daripada satu kes bagi setiap 100,000 populasi kepada sembilan kes bermula ME 3/2022 hingga ME 10/2022.



Kemasukan bagi kes Kategori 3 hingga 5 adalah paling tinggi dalam kalangan warga emas, tambahnya.

Sehingga 16 Mac, sebanyak 3,356,253 atau 92% warga emas menerima dos primer vaksin Covid-19 yang lengkap, manakala 2,489,718 atau 74.2% daripada kumpulan itu mengambil dos penggalak.

Noor Hisham menyeru warga emas yang belum menerima vaksin, termasuk dos penggalak, supaya segera mendapatkannya di pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdekat secara jumpa terus, terutamanya sebagai persediaan memasuki fasa peralihan ke endemik bulan depan.

Anak-anak dan ahli keluarga katanya, memainkan peranan penting untuk memastikan warga emas dalam keluarga mereka dapat menyertai dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan mulai 1 April dengan selamat.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara

Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS



Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]

Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker