Gara-Gara Salah Faham Saling Bertentang Mata, Kontraktor Dan Adik Cedera Dipukul

Gara-Gara Salah Faham Saling Bertentang Mata, Kontraktor Dan Adik Cedera Dipukul

KLANG: Gara-gara perselisihan faham akibat saling bertentang mata di sebuah kafe, seorang kontraktor bersama adiknya cedera dipukul menggunakan pengunci stereng oleh sekumpulan individu di hadapan sebuah kedai di Taman Petaling Indah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa bersama adik lelakinya keluar daripada sebuah kafe dan menuju ke tempat parkir.

“Mangsa bersama adiknya berumur lingkungan 30-an itu didatangi tiga individu menaiki sebuah kereta yang mana salah seorang individu tersebut dikenali mangsa.

“Suspek kemudiannya terus menyerang mangsa menggunakan pengunci stereng di bahagian bahu kanan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Beliau berkata, mangsa bersama adiknya bertindak melarikan diri setelah mendapati suspek turut bersenjatakan parang dan pisau.

“Dalam kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan manakala adik mangsa cedera di bahagian perut dan kaki akibat terkena senjata tajam.

“Selain itu, adik mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian mulut akibat dipukul dengan menggunakan pengunci stereng,” katanya.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata, siasatan mendapati terdapat empat suspek terlibat dalam kejadian tersebut.

“Dua daripada suspek dikenali oleh mangsa dan punca kejadian disebabkan perselisihan faham semasa berada di sebuah kafe.



“Kedua mangsa kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada penangkapan dua suspek dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

“Kedua-dua suspek itu berkas di sekitar kawasan bandar Klang kira-kira jam 9.30 malam berumur antara 26 dan 27 tahun.

“Siasatan lanjut berkaitan kes masih lagi dijalankan dan polis sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup di lokasi serta sedang mengesan suspek yang masih bebas.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.-SH

Gara-Gara Salah Faham Saling Bertentang Mata, Kontraktor Dan Adik Cedera Dipukul

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker