Lelaki maut kepala terkena mesin pengadun simen

Lelaki maut kepala terkena mesin pengadun simen

Johor Bahru : Lelaki maut selepas mesin pengadun membancuh simen yang sedang dibersihkan hidup secara tiba-tiba di sebuah kilang membuat mozek di Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Industrial Park, Nusajaya di sini, semalam.

Mangsa, Fenddy Asim, 19, baru enam bulan bekerja sebagai operator di kilang berkenaan.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku pada 11.30 pagi.

“Ketika itu remaja terbabit sedang tunduk membersihkan bahagian dalam mesin pengadun, namun secara tiba-tiba mesin berkenaan berputar menyebabkan kepala dan bahu mangsa terkena mesin.

“Rakan sekerja terus mematikan suis mesin berkenaan, dan memanggil rakan sekerja lain untuk mengeluarkan mangsa dari dalam mesin itu.

“Mangsa didapati berlumuran darah di bahagian telinga dan kepala, sebelum dibawa ke sebuah klinik Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.

“Namun, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, siasatan awal tidak menjumpai sebarang kesan jenayah di kawasan tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan cuba membersihkan mesin bancuh simen untuk membuat mozek tanpa menutup suis utama mesin terlebih dahulu menyebabkannya berpusing secara tiba-tiba,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk ujian saringan Covid-19 sebelum proses bedah siasat dijalankan.-HM

Lelaki maut kepala terkena mesin pengadun simen

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker