Noraini banyak bantu mahasiswa, dakwaan KMUM disangkal

Noraini banyak bantu mahasiswa, dakwaan KMUM disangkal

Noraini banyak bantu mahasiswa, MPPK, MPP UiTM Se-Malaysia sangkal dakwaan KMUM

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyambut baik pelantikan semula Noraini Ahmad sebagai menteri pengajian tinggi.

Presiden MPPK Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, sepanjang tempoh Noraini berkhidmat banyak inisiatif yang telah diberikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membantu pelajar menghadapi situasi pandemik Covid-19.

“Antara inisiatif yang diperkenalkan beliau ialah pengurangan yuran yang dilakukan sejak tahun lepas dan disambung hingga tahun ini.

“Pakej bantuan lain seperti Pakej Bantuan Pelan Data dan Peranti Pelajar IPT, diskaun tiket penerbangan, Foodbank Siswa dan pelbagai lagi inisiatif di bawah pentadbiran beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amir menambah, awal Ogos lalu Noraini bekerjasama dengan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) untuk memberi vaksin kepada pelajar dalam usaha mewujudkan gelembung kampus , dengan beberapa IPT telah dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

Jelas Amir lagi, Noraini juga memberi mereka peluang menyampaikan 11 Agenda Memartabatkan Mahasiswa kepada pihak KPT dan tujuh daripada telah berjaya direalisasikan, malah sentiasa sedia mendengar luahan dan pandangan mahasiswa.

Perkara tersebut turut dipersetujui barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia, yang memaklumkan ketika di bawah pentadbiran Noraini, suara mahasiswa telah diperjuangkan melalui MPPK.

MPP UiTM Se-Malaysia berharap dasar-dasar yang melibatkan kepentingan dan kebajikan mahasiswa dapat diteruskan pelaksanaanya oleh Noraini.

Kenyataan MPPK dan MPP UiTM Se-Malaysia sekaligus menyangkal dakwaan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) bahawa pentadbiran Noraini telah gagal dan menimbulkan pelbagai masalah.

Terdahulu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berpandangan pelantikan semula Noraini tidak menunjukkan langkah terhadap pencapaian visi ke arah mewujudkan perubahan baru yang lebih baik.

KMUM dalam pada itu menggesa supaya pelantikan menteri baharu pengajian tinggi dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai wawasan dan sedia berkhidmat untuk kepentingan mahasiswa dan bukan kerana untuk memenuhi kerusi ahli politik semata-mata.

“Jawatan ini tidak seharusnya diberikan begitu sahaja sebagai pemenuh kerusi buat ahli politik semata-mata.”

“Kegagalan beliau dalam menjalankan tugas sewaktu beliau memegang jawatan tersebut dalam kerajaan yang lepas telah membuktikan bahawa beliau tidak sesuai untuk memegang jawatan ini tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang menteri pengajian tinggi,” kata KMUM.

Ternyata KMUM membuat dakwaan yang tidak munasabah. FMT

Noraini banyak bantu mahasiswa, dakwaan KMUM disangkal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Exco Pas tidak akan letak jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker