Gagal tunaikan janji tutup Lynas, PH salahkan Mahathir

Gambar Hiasan***

Fuziah Salleh (Pakatan Harapan-Kuantan) mendakwa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak mahu menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd.

“Orang tanya saya kenapa waktu PH memerintah tak tutup Lynas. Saya nak beritahu sewaktu PH jadi kerajaan, Ahli Parlimen Langkawi (Mahathir) memang tak mahu tutup Lynas.

“Dia tak ada di sini, jika dia ada, dia boleh jawab,” katanya semasa membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

“Rakyat marah. Saya nak bagitahu, Ahli Parlimen Bakri (Yeo Bee Yin) sewaktu menjadi menteri cuba sedaya upaya untuk buat sesuatu.

“Dia arah pindah fasiliti ‘cracking and leaching’ ke Australia,” katanya.

Dia berkata demikian ketika melahirkan kekecewaan kerana kerajaan gagal menyelesaikan isu Lynas sejak syarikat itu menjejakkan kaki di Malaysia pada 2008.

“Kerajaan telah ditipu pada 2008 dan selepas perubahan beberapa pentadbiran, kita masih tidak dapat menyelesaikan isu Lynas. Adakah Lynas begitu kuat? Ia hanyalah sebuah syarikat Australia yang tidak membayar apa-apa cukai kepada kerajaan, mengapa kerajaan mempertahankan Lynas?” soalnya.

Pada November 2019, Redzuan Yusof, yang merupakan menteri pembangunan usahawan ketika itu berhujah bahawa menutup Lynas tidak pernah menjadi sebahagian daripada manifesto pilihan raya PH pada 2018.

Sementara itu, Fuziah turut menyelar kerajaan yang memberikan kelulusan kepada Lynas untuk membina kemudahan pelupusan kekal (PDF) di Kawasan Perindustrian Gebeng tanpa mematuhi proses sewajarnya.

Terutamanya apabila pihak berkuasa tempatan masih menjalankan kajian mengenai perubahan tebus guna tanah Kawasan Perindustrian Gebeng untuk menerima pembuangan sisa toksik dan radioaktif Lynas.

“Dalam jawapan bertulis parlimen, menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata jawatankuasa perancang negeri Pahang telah memberikan kelulusan untuk tapak PDF (untuk menyimpan) sisa penulenan air (WLP).

“Beliau berkata kebenaran merancang itu diberikan dengan pindaan kepada rancangan itu oleh Majlis Bandaraya Kuantan pada 12 Jan.

“Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Majlis Bandaraya Kuantan sedang menjalankan kajian untuk menukar guna tanah Estet Perindustrian Gebeng. Penyelidikan bermula 12 Dis 2021 sehingga esok (11 Mac),” katanya.

“Kajian itu belum tamat dan masih diterbitkan untuk tatapan umum tetapi menteri berkata projek itu telah diluluskan pada Januari,” katanya.

“Ini apa punya jawapan, menteri, ini tak patut dibayar gaji menteri, yang buat kerja macam ini.

“Hari ini, kita mempunyai satu juta tan metrik sisa radioaktif di Gebeng. Seolah-olah (kerajaan) tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengannya, jadi mereka ‘okay’ (dan membenarkan sisa toksik ini kekal di Gebeng),” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker