PM sahkan sempadan negara dibuka menjelang Hari Raya
JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.
Beliau berkata, bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.
Berucap merasmikan pelancaran siri pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana di sini hari ini, Ismail berkata, langkah itu sebagai menambah laluan VTL sedia ada melibatkan Singapura dan Indonesia yang masih dalam perancangan.
“Bagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dan pelancongan khususnya di Johor, Kerajaan Persekutuan melaksanakan skim VTL udara dan darat dengan Singapura mulai 21 Jan lalu bagi memudahkan urusan pertemuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik Covid-19.
“Saya difahamkan seramai 200,000 rakyat Malaysia berulang-alik antara Singapura dan Johor. Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di rumah kerana telah melaksanakan ujian saringan kesihatan sebanyak dua kali iaitu semasa bertolak dari negara luar dan semasa ketibaan di Malaysia,” katanya.
Hari ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan Perdana Menteri dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara pada minggu depan.
Menurut Khairy, mesyuarat Kabinet semalam sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negara dan kini menunggu hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri.
Sementara itu, Ismail yang berkunjung ke reruai Kementerian Tenaga, Sains dan Inovasi (MOSTI) bersempena Jelajah AKM turut berkesempatan melancarkan kibar mula Malaysia Techlympics 2022.
Ia adalah satu inisiatif pembudayaan sains, teknologi dan inovasi bagi memupuk penciptaan idea berinovasi selaras dengan agenda Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi seiring hasrat MOSTI untuk ‘Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi.
Bertemakan ‘Connect, Compete, Celebrate,’ bermula dari Mac hingga November 2022 MOSTI menganjurkan 25 pertandingan di bawah lima kategori utama yang tertumpu kepada beberapa bidang antaranya kejuruteraan, pengkomputeran dan mikrokomputer, nano, Internet benda, robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif serta animasi selain pencetakan dan pembangunan tiga dimensi,
Menurut kenyataan MOSTI, pada penghujung Malaysia Techlympics, sekurang-kurangnya 2,000 idea atau prototaip yang inovatif, kreatif dan futuristik bertaraf dunia bakal dihimpun selaras dengan agenda ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor
- Mahathir semua ‘taktau’
- Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
- Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu
- Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis
- Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya
- Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO]
- BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’
- Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan
- Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA
- Leissner sogok suami Zeti
- Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api
- Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah
Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]
Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot
You must be logged in to post a comment.