Remaja lelaki maut kepala tersangkut enjin bot


Enjin bot pam yang meragut nyawa mangsa.

SEMPORNA – Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya tersangkut pada enjin bot pam dalam kejadian di Kampung Panji berhampiran Hospital Semporna di sini hari ini.

Remaja berusia 18 tahun terbabit dikatakan tersekat pada enjin bot apabila cuba menghidupkan enjin berkenaan ketika keluar menangkap ikan dalam kejadian pukul 11.30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi.

“Sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot kevlar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di kampung berkenaan, pasukan bomba terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk ke lokasi kejadian berikutan ketiadaan laluan bot.

“Sejurus tiba anggota bertugas mendapati mangsa sudah dikeluarkan dari bot berkenaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, berdasarkan maklumat ahli keluarga mangsa, kejadian dipercayai berpunca daripada lengan jaket mangsa yang terlilit pada ‘shaft’ penyambung enjin bot pam ketika sedang bergerak di laut.

“Kejadian itu memgakibatkan tangan mangsa tertarik lalu terjatuh, manakala rambut dan kepala mangsa juga tersangkut pada ‘shaft’ penyambung berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pukul 12.19 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker