‘Usaha perangkap diri saya terhadap jenayah, penyelewengan’ – Khairy

 

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mendakwa siasatan dan laporan kali ketiga berkenaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam pengurusan COVID-19 adalah usaha memerangkap dirinya dalam pertuduhan jenayah dan penyelewengan.

Katanya, walaupun semua perkara wajar disiasat dan laporan perlu disediakan, beliau dapat menghidu tujuan siasatan dan laporan kali ketiga berhubung pengurusan COVID-19 adalah untuk mengaitkan beliau dengan salah guna kuasa.

“Saya berterima kasih kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kerana sekali lagi buat siasatan dalam perkara itu dan kali kedua, sebab sebelum pilihan raya saya pun sudah menjawab di PAC.



“Perolehan vaksin dapat laporan yang bersih yang mengatakan semua (perolehan) dibuat mengikut tata cara dan mengikut peraturan yang bagus.

“Laporan Kertas Putih disediakan oleh KKM beberapa bulan lalu mengesahkan segala perolehan vaksin dibuat mengikut peraturan dan tata cara yang baik.

“Untuk kali ketiga disebabkan kononnya ada isu dos-dos vaksin yang luput tarikh, jadi ada yang mungkin mempunyai niat yang baik tak apa, saya tiada masalah sebab semua benda perlu disiasat dan perlu disediakan laporan yang telus dan berkecuali.

“Tetapi, ada jugalah yang mungkin berniat jahat yang mungkin rasa ini akan jadi satu skandal besar dan KJ (Khairy) akan pakai baju oren (jingga) lepas ini,” katanya.



Beliau berkata demikian pada program podcast Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.

Sementara itu, Khairy turut mengalu-alukan laporan dan juga siasatan dibuat terhadap isu yang besar terutama program besar membabitkan wang rakyat.

Laporan PAC baru-baru ini mendedahkan sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM500 juta luput tempoh hayat setakat 15 Jun lalu dengan puncanya disebabkan sambutan yang rendah.

Isu lain terkandung dalam Laporan PAC ialah bekalan vaksin yang ditempah tidak diterima mengikut jadual susulan permintaan global yang sangat tinggi.



Jelas Khairy, apa yang menjadi sensasi dalam tajuk-tajuk berita iaitu lapan juta dos vaksin luput bernilai RM500 juta.

“Laporan PAC kalau dibaca keseluruhannya akan menyebut ini adalah disebabkan keadaan luar biasa ‘global pandemic crisis’ pada waktu itu, perolehan dibuat berdasarkan kepada unjuran untuk memberi rakyat Malaysia dos penggalak.

“Pada akhirnya ada yang tidak memilih untuk mengambil dos penggalak sebab ia tidak wajib ataupun ia hanya digalakkan pada waktu kita melihat dos penggalak ini diperkenalkan jangkitan COVID-19 sudah semakin kurang dan ramai yang rasa tidak perlu diambil lagi dos penggalak.

“Mereka yang sekarang ini siasat saya sepatutnya adalah mereka yang tidak terbabit dalam perolehan vaksin.



“Ia mesti dibuat oleh Ahli-Ahli Parlimen dalam PAC yang bebas daripada keputusan, tetapi saya nak sebut satu perkara ‘they were not in the room in making the decision’, ini konteks yang penting.

“Memang perlu disiasat oleh orang yang bebas daripada proses perolehan vaksin, tetapi saya nak ceritakan proses keputusan yang dibuat untuk beli vaksin pada ketika dan waktu pandemik krisis itu yang berlaku.

“Pada 2020 kalau kita nak tengok balik apa yang berlaku memang kita semua expert (pakar), tetapi pada waktu dan ketika itu kalau kita masih lagi ingat awal tahun 2021, di mana beberapa negara mula nak dapat dos vaksin jelas dan nyata hari ini diakui bahawa perolehan vaksin dimonopoli dan dikuasai oleh negara-negara maju pada awalnya.

“Masa awal itu saya cakap orang tak percaya, orang kata kita lembab (lambat), tak buat kerja tapi hari ini diakui bahawa negara-negara maju membolot bekalan vaksin awal sebab itu kita negara-negara jiran kita mula lewat sedikit, berbanding dengan negara-negara yang sudah pun dapat pasaran vaksin dengan pembayaran harga yang lebih tinggi daripada negara membangun seperti Malaysia dan sebagainya,” katanya.



Katanya, perkara itu suatu hari nanti akan didedahkan apabila tempoh waktu kerahsiaan dengan syarikat-syarikat vaksin terbabit tamat, sedangkan beliau ketika itu membayar pada harga yang munasabah.

“Saya sudah pergi ke PAC waktu saya Menteri Kesihatan dan saya mendedahkan kepada Ahli-Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen pembangkang waktu itu.

“Saya tunjuk harga sebenar untuk kontrak berkenaan, sebab itu selepas mereka senyap tiada lagi isu harga vaksin,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker