Tablet Oppo reka bentuk premium pada harga mampu milik

Tablet Oppo reka bentuk premium pada harga mampu milik

MENYEDARI tablet menjadi antara salah satu peranti yang menjadi pilihan pengguna, Oppo melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu Oppo Pad Air.

Ditawarkan pada harga mampu milik, tablet ini dilengkapi dengan paparan IPS berukuran 10.36 inci dengan resolusi 2000×1200 dan menawarkan kadar penyegaran semula 60Hz.



Selain itu, ia dijana dengan pemproses saiz pertengahan iaitu Snapdragon 680 dan didatangkan dengan dua variasi storan berkapasiti 64GB dan 128GB.

Kedua-dua variasi tersebut mempunyai 4GB RAM.

Oppo Pad Air turut mempunyai ciri penambahan RAM yang membolehkannya ditambah pada peranti secara maya.

Daripada sudut rekaan peranti yang berketebalan 6.94 mm dengan berat hanya 440 gram, ia kelihatan premium kerana badannya dihasilkan daripada aluminium.



Selain itu, tablet ini dilengkapi dengan ciri Multi Screen Connect yang menyokong pengguna menjalankan pelbagai tugas dengan dengan telefon pintar mereka.

Ia turut dilengkapi dengan perisian Color 12.1 dan mempunyai pelbagai ciri tambahan seperti pelancaran dua aplikasi serentak.

Dalam pada itu, peranti terbaharu ini sesuai untuk pengguna yang sering menjadikan tablet untuk medium menonton hiburan kerana ia dilengkapi dengan empat pembesar suara yang disokong Dolby Atmos.

Harga bermula dari RM900.



Lebih menarik, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 7,100mAh yang akan memberikan tempoh penggunaan yang lebih lama. K Online

Tablet Oppo reka bentuk premium pada harga mampu milik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker