Pemecatan Najib Lep: Arahan parti mesti dipatuhi kecuali bercanggah dengan Islam

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir Najib Lep kini bukan lagi ahli Pas selepas Naib Yang Dipertua kawasan itu bertanding atas tiket bebas bagi mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, keahlian Najib sebagai Ahli Pas gugur secara automatik selepas beliau memilih untuk bertanding atas tiket bebas kerana perbuatannya berkenaan jelas bertentangan dengan Perlembagaan Pas.

Khairuddin berkata, keputusan Najib yang menentang calon Pas, Nur Iqbal Abd Razak mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN) itu bertentangan dengan arahan dan keputusan parti.

“Arahan parti tetap arahan yang mesti dipatuhi oleh ahli dalam apa situasi kecuali bercanggah dengan Islam. Itu disiplin seorang ahli Pas.

“Akibat tidak mengikut arahan parti terlucut keahlian. Namun, dalam masa sama parti juga perlu muhasabah punca berlaku berlaku perkara sedemikian sebagai pengajaran dan sempadan kecualilah parti tidak pernah merasa kerugian dan kehilangan seorang ahli.

“Percaturan politik dalaman mungkin menjadi sebab di saat ukhuwah dan semangat kekeluargaan tidak menjadi wadah penyelesaian.

“Sekadar renungan untuk berfikir tanpa berburuk sangka pada sesiapa,” katanya kepada wartawan Sinar Premium pada Ahad.

Terdahulu, media melaporkan Najib mencipta kejutan dengan mencalonkan dirinya sebagai calon Bebas di kerusi DUN Bukit Pasir, biarpun sebelum ini menang kerusi berkenaan atas tiket Pas.

Tindakan Najib berkenaan menyebabkan beliau terpaksa berhadapan dengan pertembungan enam penjuru termasuk wakil PN, Iqbal Razak; Elia Nadira (PH), Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN), Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang) dan Johar Siraj (Bebas).

Untuk rekod Najib adalah satu-satunya ADUN Pas di DUN Johor yang dibubarkan, pada 22 Januari lalu. Beliau menang kerusi DUN Bukit Pasir selepas menang dengan majoriti 1,883 undi mengalahkan calon Noriah Mahat daripada BN, pada PRU14 lalu.

Jadi tidak hairanlah jika Najib bertegas bahawa beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pimpinan parti kerana melanggar arahan dan mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Bebas di kerusi DUN Bukit Pasir, pada PRN Johor kali ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menegaskan pimpinan parti kini akan menilai berdasarkan keputusan yang dibuat sama ada Najib Lep masih mahu menjadi ahli Pas atau ingin keluar menyertai parti Bebas lain.

Takiyuddin berkata, kini keputusan akan dibuat bergantung sama ada Najib masih mahu kekal sebagai ahli Pas ataupun tidak.

“Adakah dia nak keluar dari Pas atau tidak? Jika ya, dia terpecah sebagai ahli, jadi kena tanya, adakah dia masih nak jadi ahli Pas lagi?

“Kalau dah tak mahu, senang (maknanya) dia terkeluarlah. Tapi kalau dia ambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas dalam PRN Johor kali ini, kena fikir adakah dia masih lagi ahli Pas atau tidak? Jadi, tanya orang yang berkenaan (Najib),” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menjelaskan, dalam Perlembagaan Pas, keahlian seseorang ahli itu boleh hilang dalam dua keadaan, iaitu secara automatik atau apabila beliau diputuskan hilang keahlian.“Automatik ada dua keadaan, satu kalau ahli tersebut sendiri minta supaya dia digugurkan sebagai ahli. Kedua, sekiranya ahli menyertai parti lain, dia automatik digugurkan dan tidak perlu tindakan disiplin.

“Dalam kes ini, adakah dia (Najib) bertanding atas tiket Bebas bererti dia menyertai parti lain? Bebas itu pun satu parti juga,” katanya.

Pemecatan Najib Lep: Arahan parti mesti dipatuhi kecuali bercanggah dengan Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker