Resepi Kuih Wajik Berlemak


Resepi Kuih Wajik Berlemak

Bukan mudah untuk menghasilkan kuih tradisional ni. Kena selalu cuba dan cuba. Bukan macam buat kek. Ikut resepi jer, Insya Allah jadi. Itu sebab ada blogger yang jual resepi PJJ untuk kuih ni kalau tak silap RM100 untuk 1 resepi kuih wajik. Untuk follower sini kita bagi percuma sahaja. Cuma minta jangan lupa untuk klik iklan google yang ada di blog.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa subscribe, like dan share Azie Kitchen Youtube channel di SINI. Selamat mencuba….

Kuih wajik ini juga dipanggil Pulut Kacau di utara tanah air.

Resepi Kuih Wajik Berlemak

Bahan bahan:

250 gram beras pulut
125 gram santan segar pekat
75 gram gula merah
75 gram gula pasir – boleh tambah
½ sudu kecil garam
Daun pandan

Cara cara:

Rendam beras pulut selama 30-60 minit. Kukus pulut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.

Resepi Kuih Wajik Berlemak

Masak santan, gula pasir, gula merah dan garam. Kacau atas api perlahan sehingga mendidih dan pekat likat.

Resepi Kuih Wajik Berlemak

Masukkan pulut dan kacau rata tanpa henti sehingga gula bersalut dengan pulut. Bila terasa berat ketika dikacau, bolehlah tutup api.

Resepi Kuih Wajik Berlemak

Alas acuan dengan daun pisang. Tuang pulut wajik ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

Resepi Kuih Wajik Berlemak

Azie Kitchen


Artikel Menarik :

Layari Laman FB MyKMU

 


 

Resepi Biskut Coklat Mocha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker