Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara

Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tidak merancang untuk bersara daripada bidang lakonan walaupun mengakui sudah hampir setahun terpaksa menolak tawaran berlakon kerana terlalu sibuk dengan perniagaan yang dijalankan.

Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari berkata, dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya lakonan kerana menganggap bidang seni merupakan titik permulaan hidupnya sehingga berada ditahap hari ini.

“Saya tidak terfikir untuk bersara dalam bidang lakonan kerana menganggap bidang seni telah banyak berjasa sehingga saya berada ditahap ini.

“Kejayaan saya hari ini bermula dengan kerjaya sebagai selebriti (pelakon). Jadi saya tidak mahu meninggalkan ‘asas’ saya.

“Walaupun saya sudah berada pada satu tahap berbeza suatu hari nanti, bidang lakonan tetap saya akan buat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Suami kepada Wawa Zainal itu bersyukur kerana masih dihujani dengan tawaran berlakon, namun terpaksa menolaknya secara baik untuk memberi fokus terhadap perniagaan yang dijalankan.

Katnaya, kehidupannya sangat sibuk sejak bergelar ahli perniagaan dan pempengaruh dalam aplikasi TikTok walaupun mengakui rindu terhadap kerjaya lakonan.

“Bila sudah sibuk dengan perniagaan dan bergelar ‘TikTokers’ sepenuh masa, rindu terhadap bidang lakonan itu ada.

“Tapi bila mengenang semula tanggungjawab yang perlu diberi perhatian, saya kena dahulukan mana yang penting. Saya sudah ada 40 orang kakitangan dalam bidang perniagaan. Jadi satu kerumitan juga kalau saya tinggalkan mereka untuk fokus dengan perkara lain (lakonan),” jelasnya.

Selain faktor kekangan masa, bapa kepada empat orang cahaya mata itu juga mengakui selektif jika mahu menerima satu-satu tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

“Sekarang saya lebih melihat pada karya dan dengan siapa saya akan bekerjasama. Jadi terpulang pada saya sama ada mahu buat atau tidak.

“Bila sudah sampai satu tahap, saya hanya mahu dikelilingi dengan orang-orang yang kita selesa,” ujarnya Aeril yang teringin untuk terlibat dalam filem bercorak ketenteraan.

Sementara itu, Aeril yang juga digelar sebagai CEO TikTok bersyukur apabila memenangi anugerah bagi kategori Celebrity of The Year dalam acara TikTok Award Malaysia 2023 yang berlangsung malam tadi.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak menyangka dengan kemenangan ini. Saya cuma buat tiga video sahaja untuk ‘berkempen’.

“Sebenarnya saya tidak menyangkal platform TikTok banyak membantu saya dalam bidang perniagaan. Saya sangat bersyukur,” jelasnya.

Dengan kemenangan yang diperoleh malam tadi, Aeril turut mengumumkan berita gembira apabila bakal membawa 40 orang kakitangannya untuk bercuti ke Korea Selatan pada Oktober nanti.

“Saya mahu buat pengumuman bahawa saya akan membawa kakitangan saya (40 orang) ke Korea! Insya-Allah perancangannya pada bulan Oktober nanti.

“Saya memilih Korea kerana cuaca di sana pada bulan 10 tidak terlalu sejuk. Lagi pun ramai kakitangan saya tidak pernah ke Korea sebelum ini,” ujarnya. K Online

Terbangkan 40 staf ke Korea, Aeril Zafrel belum mahu bersara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah

Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker