Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30km

Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30km

TRAFIK di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) merekodkan kesesakan sejauh 30.7 kilometer (KM) bermula dari Plaza Tol Gombak hingga KM50.5 Genting Sempah setakat jam 8.17 pagi Ahad berikutan pertambahan kenderaan menghala ke timur.

Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PlusTrafik mendapati kesesakan turut berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak.

Sementara itu, aliran trafik di beberapa lebuh raya dan laluan utama arah Utara juga direkodkan mula sesak setakat pagi Ahad, antaranya di laluan dari Sungkai ke Gopeng yang merekodkan kesesakan sejauh 27km.

Turut mengalami kesesakan adalah di laluan arah Utara dari Behrang ke Sungkai yang merekodkan aliran trafik sesak sejauh 20KM manakala aliran arah Utara dari Utara dari Sungai Buloh ke Sungai Buaya pula adalah sepanjang 19km.

Sementara itu, aliran trafik arah Selatan pada pagi Ahad bergerak perlahan sejauh dua kilometer dari Putra Mahkota ke Nilai dan di lokasi Nilai Utara ke RnR Seremban manakala trafik arah Utara dari Senai Utara ke Kulai pula bergerak perlahan perlahan sejauh 2.6KM

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik-SH

Kenderaan Bertambah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Sesak 30km

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker