Willie Mongin harap diberi peluang pertahan kerusi Puncak Borneo

Willie Mongin harap diberi peluang pertahan kerusi Puncak Borneo

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin berkata, sebagai penyandang beliau sepatutnya diberi peluang untuk mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Walaupun beliau mampu mempertahankan kerusi itu atas tiket Bersatu, Willie menyatakan hasrat supaya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi sokongan dan tidak meletakkan calon.

Beliau buat pertama kali memenangi kerusi Puncak Borneo atas tiket PKR pada PRU14 dengan menewaskan dua pencabar lain termasuk muka baharu dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Genot Sinel – parti tulang belakang GPS.

Bagaimanapun, beliau meninggalkan PKR ketika Langkah Sheraton pada awal 2020 dan menyertai Bersatu sebelum dilantik timbalan menteri perusahaan perladangan dan komoditi dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada tahun sama.

“Sebagai penyandang, adalah lumrah bagi kami mempertahankan kerusi kami. Tidak wajar jika kami sebagai penyandang dan tidak mempertahankan kerusi itu.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini. Kami akan menyeberangi jika jambatan itu ada,” katanya menurut laporan The Borneo Post.

Puncak Borneo (sebelum itu dikenali sebagai Mambong) adalah kubu kuat PBB sejak kerusi itu diwujudkan pada 1999.

Bersatu dan GPS kini merupakan rakan kongsi dalam kerajaan persekutuan.

Baru-baru ini, PBB bertegas mahu meletakkan calon di Puncak Borneo pada PRU yang bakal diadakan tahun ini.

Pada 24 April 24 lalu, Timbalan Presiden PBB, Douglas Uggah Embas berkata, kerusi itu milik PBB dan parti akan meletakkan calon.

Uggah juga memaklumkan, beliau tidak mendengar sebarang berita mengenai Willie yang memohon untuk menjadi ahli PBB.

Seminggu sebelum itu, Naib Presiden PBB, Roland Sagah Wee Inn berkata, parti itu tidak kekurangan calon berpotensi untuk bertanding atas tiket GPS di Puncak Borneo.

Pemimpin Bersatu di Sarawak mengharapkan sokongan daripada GPS untuk mempertahankan kerusi Parlimennya di Sarawak sejak mereka berikrar menyokong calon gabungan itu ketika pilihan raya negeri Disember lalu.

Bersatu tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri, memilih untuk kekal tetapi membantu parti GPS.

Presidennya, Muhyiddin Yassin yang dipetik sebagai berkata, kemungkinan terdapat beberapa pertimbangan untuk Bersatu bertanding di Sarawak pada PRU15.

Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Abang Johari Openg dalam temu bual dengan The Straits Times baru-baru ini bagaimanapun berkata GPS berhasrat untuk bertanding di semua 31 kerusi parlimen di Sarawak. FMT

Willie Mongin harap diberi peluang pertahan kerusi Puncak Borneo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker