Diet panjang umur mampu beri manusia peluang hidup 100 tahun

Diet panjang umur mampu beri manusia peluang hidup 100 tahun

Saintis-saintis mendedahkan kajian mengenai amalan ‘diet panjang umur’ yang didakwa terbukti secara saintifik mampu meningkatkan peluang manusia untuk hidup sehingga usia 100 tahun, lapor portal berita MailOnline.

Kajian itu dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Southern California di Amerika Syarikat. Mereka meneliti dan menganalisis beratus-ratus kajian pemakanan yang dilakukan dalam tempoh sedekad lalu dalam usaha mengenal pasti diet terbaik yang menawarkan peluang kepada manusia untuk hidup lebih lama dan lebih sihat.



Penulis utama kajian tersebut, Dr. Valter Longo yang merupakan seorang pakar dalam sains dan biologi penuaan berkata, tujuan diet pemakanan bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan.

Sebaliknya, ia juga bertujuan untuk melambatkan proses penuaan dan membantu mengelakkan kematian di samping mengekalkan kesihatan manusia sehingga mencapai usia lanjut.

Longo dan seorang pakar penuaan dari Universiti Wisconsin, Profesor Rozalyn Anderson menerbitkan penemuan mereka dalam jurnal Cell.

Kajian mereka mencadangkan seseorang untuk memakan coklat gelap dan mengelakkan sama sekali pengambilan daging merah. Penyelidik-penyelidik itu turut mengesyorkan supaya seseorang berpuasa pada setiap hari kerana makanan sebenarnya perlu diambil dalam masa 12 jam sahaja .



Diet pemakanan itu turut menjadikan kekacang, bijirin, minyak ziatun dan sayur-sayuran sebagai komponen yang penting. Pengambilan ikan juga dibenarkan, manakala daging ayam perlu dimakan dalam kuantiti yang sangat rendah.

Daging merah atau yang sudah diproses perlu dielak sepenuhnya manakala gula serta bijirin halus seperti roti putih, pasta dan bijirin perlu dikurangkan.

Bagaimanapun, dua ahli akademik di sebalik kajian tersebut tidak menyatakan dengan terperinci seberapa banyak makanan yang boleh dimakan orang ramai.

Mereka yang mengikuti diet pemakanan ini diramal mampu melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko penyakit pada usia tua termasuk diabetes dan kanser, kata penyelidik. K Online



Diet panjang umur mampu beri manusia peluang hidup 100 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker