Sambutan Luar Jangkaan! SEARCH Umum Tambah Tarikh ‘Konsert Endemik’

Sambutan Luar Jangkaan! SEARCH Umum Tambah Tarikh ‘Konsert Endemik’

KUMPULAN rock legenda Search yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal membuat kejutan dengan mengumumkan penambahan tarikh Konsert Endemik selama dua malam.

Difahamkan, konsert tersebut kini akan berlangsung pada 4 dan 5 Jun 2022 di sebuah lokasi terbaru bertaraf antarabangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur iaitu di Zepp Kuala Lumpur.

“Setelah berbincang dengan penganjur Konsert Endemik, LOL Asia, kami membuat keputusan untuk menambah satu lagi malam untuk memberi peluang kepada semua peminat-peminat Search bukan sahaja di Malaysia malah dari seluruh rantau Asia.

“Pihak kami juga telah bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, yang menyokong penuh penganjuran konsert ini dan keputusan untuk mengadakannya selama dua malam.

“Zepp KL mempunyai ciri-ciri sekuriti yang hebat namun untuk memastikan keselamatan penonton lebih terjaga, kami pasti inilah yang terbaik, walaupun negara kita sudah pun diisytiharkan sedang melalui fasa peralihan endemik,” katanya.

Jelas Amy lagi, Konsert Endemik pada 4 dan 5 Jun 2022 ini akan menjadi penanda aras baru bagi penganjuran konsert fasa endemik di Malaysia.

“Kami bukan sahaja merupakan band pertama membuat persembahan solo di Zepp KL, tetapi kami juga akan mempersembahkan buat pertama kali dua lagu baru dari Search iaitu Endemik I dan Endemik II, selain lagu-lagu signature Search yang menjadi kegilaan peminat-peminat kami.

“Dapatkan tiket Konsert Endemik hari ini sebelum ia habis dijual, dan jumpa anda semua di Zepp KL pada 4 dan 5 Jun ini,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal berkata, laman web jualan tiket Konsert Endemik mula dibuka pada jam 10 malam semalam (28 Jun 2022) dan setakat ini kesemua VIP Box telahpun berjaya dijual.

“Tiket-tiket bagi kategori Platinum, Gold, Silver dan Rock Zone juga hampir kehabisan.

“Saya percaya status Search sebagai kumpulan rock nombor satu di Malaysia dan juga fasiliti bertaraf dunia di Zepp KL menjadi faktor utama tiket Konsert Endemik begitu laris.

“Ia adalah peluang yang tidak sepatutnya dilepaskan oleh kesemua peminat kumpulan Search terutamanya dengan line-up legenda iaitu Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal.

“Search sendiri telah menjanjikan konsert paling epik dan bakal melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanah air terutama scene rock n roll.

Tiket Konsert Endemik telahpun mula dijual. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.-AA

Sambutan Luar Jangkaan! SEARCH Umum Tambah Tarikh ‘Konsert Endemik’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker