Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang

Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang

Pasangan pengantin baharu bersama bapa mertua terpaksa berpegangan tangan sambil berpaut lebih dua jam pada tembok tiang 28, bawah Jambatan Pulau Pinang di sini dalam kejadian ribut awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Khuzairi Azhari, 23, dan Siti Nur Fairus Abu Bakar, 23, bersama bapa isterinya, Abu Bakar Dollah, 58, juga dikatakan terpaksa mengharungi air laut pasang yang naik ke tapak jambatan dari paras buku lali hingga ke betis mulai pukul 1 pagi.



Mohd. Khuzairi dan isteri dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan lalu.

Menurut Mohd. Khuzairi, mereka sememangnya tidak menyangka akan berlaku kejadian air pasang besar dan angin kuat yang luar biasa pada malam tadi sehingga menerbangkan peralatan memancing serta bekalan makanan yang dibawa.

“Kami naik bot pancing dari jeti itu ke bawah tiang 28 dan ketika itu cuaca dan laut berada dalam keadaan tenang. Ikutkan kami akan bermalam di situ dan pulang semula ke darat pukul 7 pagi tadi.

“Kami mula berasa lain macam setelah menyedari angin kuat dan diikuti kejadian air laut naik ke atas tapak pada pukul 1 pagi sehingga menenggelamkan paras betis sehingga lebih dua jam. Ini merupakan kejadian pertama kali yang pernah dialami sejak memancing di lokasi berkenaan. K Online



Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya



Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker