‘Saya teruja untuk bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan’ – Muhammad Shafee

Peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan keterujaan untuk mengemukakan rayuan berhubung keputusan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, rayuan itu akan dikemukakan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh tidak lebih daripada tiga bulan.

“Fasa pertama akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan, sementara fasa kedua kemungkinan dalam empat bulan. Jadi semua proses ini akan mengambil sekurang-kurangnya tujuh bulan.

“Saya benar-benar teruja untuk berdepan rayuan kes ini. Saya tidak pernah berasa teruja dengan kes-kes lain sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini pada Selasa.

Sambil menyifatkan kes itu sebagai ‘menarik’, Muhammad Shafee berkata, pasukan pembelaan berhasrat meneruskan kes ini secepat mungkin

Dalam pada itu, Muhammad Shafee juga menyatakan bahawa beliau yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membawa kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker