Dong Jiao Zong Biadap! Dakwa buku teks Sejarah terlalu berpusat Melayu, Islam

Dakwa sudah sekian lama kandungan fakta sejarah tak seimbang

 Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) dengan tidak semena-mena menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyemak semula kandungan buku teks mata pelajaran Sejarah sekolah menengah.

Pertubuhan radikal itu dalam satu kenyataan pada 21 April lalu berkata, baru-baru ini tercetus kontroversi berkenaan kandungan buku teks Sejarah sekolah menengah, setelah seorang pakar sejarah mendakwa ianya terlalu berpusat kepada Melayu dan Islam.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah yang tidak dinamakan itu mendakwa buku teks berkenaan kurang memperkenalkan sejarah dan budaya kaum lain, tidak menggambarkan keadaan sebenar serta tidak tepat.

“Realitinya, sudah sekian lama buku teks Sejarah KPM sekolah rendah dan sekolah menengah bersifat eksklusif, kandungan fakta sejarahnya tidak seimbang dan tafsirannya tidak tepat, selain tidak memberi gambaran penuh seperti situasi negara yang terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.



“Ini menyebabkan buku teks Sejarah tidak memberi gambaran sebenar sejarah rakyat di negara ini, pelajar tidak dapat benar-benar memahami sejarah negara, hatta ada yang mengelirukan, menyebabkan pelajar dari kaum lain dan pelajar dari etnik Sabah dan Sarawak berasa tersisih dan terpinggir,” dakwa Dong Jiao Zong.

Pembinaan SJKC Too Joon Hing ‘pencerobohan’ struktur sosial Melayu

Katanya lagi, perkara ini adalah masalah berat yang perlu diperbetulkan dan diatasi oleh kerajaan.



“Pada bulan Februari tahun ini kerajaan telah mengumumkan ‘blue print’ dasar perpaduan negara, antaranya ialah perpaduan melalui pendidikan sejarah.

“Oleh itu, Dong Jiao Zong menggesa kerajaan melaksanakan apa yang telah disuarakan, tubuhkan sebuah jawatankuasa terdiri dari cendikiawan setiap etnik dan para pendidik bagi merangka strategi untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat dalam buku teks mata pelajaran Sejarah,” katanya.

Antara gesaannya yang lain adalah menyemak semula Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Sejarah sekolah rendah dan sekolah menengah, selain menubuhkan jawatankuasa penulis buku teks Sejarah dengan keahlian dari pelbagai kaum termasuklah cendekiawan dan para pendidik Sabah dan Sarawak.

“Kami berpendapat, kerajaan patut segera menyatakan pendirian mereka setiap kali berlakunya kejadian yang melibatkan perilaku ekstremisme agama dan kaum yang memecah-belah perpaduan rakyat.



“… selain bertindak untuk menghentikannya, dan bukannya berdiam diri, membiarkan masalah tersebut melarat,” katanya lagi.

Kerajaan dari dulu tak serius isu sekolah vernakular!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker