Sistem laser mampu bawa manusia ke Marikh dalam masa 45 hari

Sistem laser mampu bawa manusia ke Marikh dalam masa 45 hari

Saintis Kanada dilaporkan membina sistem berasaskan laser yang boleh mengurangkan perjalanan manusia ke Planet Marikh menjadi 45 hari berbanding anggaran 500 hari oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), lapor akhbar Daily Mail semalam.

NASA merancang untuk menghantar angkasawan ke Marikh pada pertengahan tahun 2030-an, begitu juga China.

Pasukan jurutera Universiti McGill di bandar Montreal, Kanada telah membangunkan sistem dinamakan ‘laser thermal propulsion’ di mana cahaya laser diguna untuk memanaskan bahan api hidrogen.



Laser besar akan dilepaskan dari Bumi untuk mengalirkan kuasa kepada panel fotovoltaik pada kapal angkasa yang menjana kuasa elektrik dan seterusnya menghasilkan tujahan.

Kapal angkasa itu akan memecut dengan pantas ketika berlepas berhampiran Bumi sebelum ke Marikh pada bulan berikutnya. Bahagian utama seterusnya akan mendarat di Marikh dan bahagian selebihnya dikembalikan ke Bumi serta dibaiki untuk dikitar semula.

Tempoh sampai ke Marikh selama enam minggu itu sebelum ini hanya boleh direalisasikan sekiranya menggunakan roket berkuasa pembelahan nuklear tetapi menimbulkan risiko radiasi.

Bercakap kepada laman berita Universe Today, pasukan di sebalik kajian tersebut berkata, sistem itu berupaya mewujudkan pengangkutan pantas untuk melakukan perjalanan angkasa dalam sistem suria.



Beberapa penyelidik meramalkan bahawa ia boleh menghantar satelit seberat 90.72 kilogram ke Marikh dalam masa tiga hari dengan kapal angkasa yang lebih besar memerlukan tempoh kira-kira sebulan hingga enam minggu. K Online

Sistem laser mampu bawa manusia ke Marikh dalam masa 45 hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini

BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker