Hajat jemput saudara-mara ke kenduri kahwin tidak kesampaian

Hajat jemput saudara-mara ke kenduri kahwin tidak kesampaian

BESUT: “Pada awalnya arwah bercadang untuk ke Kuala Terengganu pada Sabtu ini untuk menjemput saudara-mara ke majlis perkahwinan dua anak kami sebelum menukar rancangan pergi lebih awal semalam,” kata Laila Wati Omar.

Laila Wati, 43, juga bekas isteri pertama kepada arwah Shukri Wahab, 52, yang dijumpai tersangkut pada pukat yang dipasang kira-kira enam kilometer dari lokasi tempat jatuh ke dalam sungai berhampiran Jambatan Tembila di sini semalam.



“Jika diikutkan arwah ada mengajak ibunya pergi bersama dia dan isteri ke Kuala Terengganu pagi semalam tetapi ibunya menolak kerana kurang sihat.

“Arwah dan isterinya dalam perjalanan mahu mengambil stok keropok sebelum pergi ke rumah saudara mara sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Ibai untuk menghantar kad jemputan kahwin.

“Mengikut rancangan anak sulung kami Farah Hanani Shukri, 24, akan melangsungkan perkahwinan pada 5 Mac di Tawang, Bachok, Kelantan diikuti adiknya Farhana Hatikah Shukri, 20, di Kota Bharu, Kelantan pada 15 Mac ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Terdahulu Shukri dikhuatiri lemas selepas pikap, Toyota Hilux dipandunya bersama isterinya, Azizah Mohamad Yusof, 51, hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar ketika melalui Jambatan Tembila.



Azizah terselamat apabila sempat berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai, namun Shukri hilang, walaupun Toyota Hilux miliknya berjaya dibawa naik dengan menggunakan kren pada pukul 6.25 petang semalam.

Sementara itu, Farah Hanani berkata, dia reda dengan kejadian menimpa arwah bapanya di saat dia bakal melangsungkan majlis perkahwinan dalam tempoh tidak sampai sebulan.

“Walaupun pada awalnya kami masih menaruh harapan dapat jumpa bapa dalam keadaan selamat, namun kami reda apabila bapa ditemui sudah tiada.

“Kami berterima kasih kepada semua anggota penyelamat, penduduk serta sesiapa yang terbabit dalam operasi mencari arwah bapa sejak semalam,” katanya.



Farah yang juga penuntut tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), berkata segala persiapan kenduri kahwin sudah siap sepenuhnya hanya menunggu hari untuk dilangsungkan. BH

Hajat jemput saudara-mara ke kenduri kahwin tidak kesampaian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Ibu Puteri Balqis hisap dadah, ini penjelasannya

Saman Ali Puteh terhadap balu Arwah Abam, keputusan Jumaat ini



BERSATU Memang Berhasrat Bunuh UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker