Akaun Telegram dan Whatsapp Ahmad Zahid digodam pihak tidak bertanggungjawab

Akaun aplikasi Telegram dan Whatsapp milik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan mewujudkan penghantaran mesej tidak berkaitan.

Menerusi perkongsian Ahmad Zahid di Twitter rasminya sebentar tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga sedang berusaha mendapatkan semula akaun aplikasi terbabit semula.

“Akaun Telegram dan Whatsapp saya telah digodam. Kepada rakan-rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan.



“Saya dalam proses mendapatkan semula akaun,” ciapnya tadi.

Berdasarkan tangkap layar dikongsikan Ahmad Zahid, penggodam didakwa menggunakan akaun tersebut untuk meminta wang daripada senarai kenalan Telegram dan Whatsapp Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Penggodam dilaporkan meminta wang sebanyak RM5,000 selain berjanji akan membayarnya semula pada sebelah petang.

Wang tersebut perlu dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik lelaki bernama Zainal Abidin.



Sementara itu admin sendiri menerima mesej dari penggodam dan kali ini dengan nama akaun Mubbaraq Zainudin.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha



Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker