Ismail Sabri naik buggy dipandu Sultan Brunei

Ismail Sabri naik buggy dipandu Sultan Brunei

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilayan dengan ramah oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menerusi lawatan rasminya yang pertama ke Brunei.

Melalui hantaran di akaun Facebook, Ismail Sabri hari ini berkongsi pengalaman menaiki ‘buggy’ yang dipandu oleh Sultan Hassanal Bolkiah di sekitar istana.

“Terasa benar kemesraan Sultan Hassanal Bolkiah apabila dijemput menaiki ‘buggy’ yang dipandu sendiri oleh baginda Sultan di Istana Nurul Iman.

“Ini pasti menjadi suatu memori yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Terima kasih Brunei, semoga ikatan yang terjalin terus kukuh,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Ismail Sabri melakukan lawatan rasmi pertama ke negara itu selama dua hari bagi menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan, di samping mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama pascaCovid-19.

Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada malam Isnin lalu dan disambut meriah oleh perbarisan hormat anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Ismail Sabri turut diiringi oleh isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Dalam pada itu, hasil perbincangan antara dua pemimpin itu, kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan rentas sempadan di antara Malaysia dan Brunei selepas kedua-dua negara bersetuju mewujudkan Vaccinated Travel Lane (VTL) dalam masa terdekat. K Online

Ismail Sabri naik buggy dipandu Sultan Brunei


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung

UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker