Malaysia berminat pelajari pengalaman Itabashi tangani COVID-19

Malaysia berminat pelajari pengalaman Itabashi tangani COVID-19

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memulakan program sempena lawatan rasmi sulungnya dengan bertemu Datuk Bandar Itabashi Takeshi Sakamoto, dan menyatakan minat Malaysia untuk mempelajari pengalaman bandar raya itu dalam usaha mengurangkan impak pandemik COVID-19.

Melalui pengamatan ketika dalam perjalanan ke bandar raya Itabashi yang menyaksikan keindahan dan kepesatan pembangunannya, Ismail Sabri percaya banyak perkara yang boleh dipelajari Malaysia daripada pihak pengurusan bandar raya Itabashi terutamanya ketika dunia termasuk Malaysia berdepan cabaran luar biasa akibat pandemik COVID-19.



Katanya, pelbagai sektor sosial dan ekonomi perlu dibangunkan semula supaya kembali dapat beroperasi secara optimum, dan Perdana Menteri percaya Jepun khususnya pengurusan bandar raya Itabashi mempunyai kaedah pengurusan terbaik untuk mengurangkan impak akibat pandemik.

“Saya berminat bertukar-tukar pandangan dan mempelajari pengalaman yang ada,” katanya pada majlis meraikan lawatan sulung beliau ke Jepun sejak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Bandar raya Itabashi, hari ini.

Ismail Sabri tiba di Tokyo tengah malam kelmarin untuk memulakan lawatan kerja rasminya selama enam hari ke Jepun.

Itabashi adalah satu daripada 23 pusat bandar dalam metropolis Tokyo.



Pada majlis itu, Ismail Sabri mengakui bahawa Malaysia sememangnya mengagumi Jepun kerana pencapaiannya yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, serta kejayaan negara matahari terbit itu dalam pengurusan kebajikan rakyat dan kerjasama di peringkat antarabangsa.

Perdana menteri berkata, Malaysia dan Jepun juga saling berkongsi nilai-nilai murni dan terpuji dalam menjunjung warisan budaya masing-masing.

“Rakyat Jepun terkenal dengan budaya lemah lembut, kesantunan dan sifat murah hati mereka. Ini sebenarnya sifat terpuji dan harus dicontohi. Budaya ini juga dikongsi dalam masyarakat kami di Malaysia,” katanya. BH

Malaysia berminat pelajari pengalaman Itabashi tangani COVID-19




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker