Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
SELEPAS beberapa bulan menikmati kebebasan bersyarat dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP), kini pandemik Covid-19 kembali mengganas semula.
Covid-19 mula menyerang seluruh dunia pada awal tahun 2020. Sehingga kini, seramai 395 juta orang telah dijangkiti serta mengakibatkan 5.74 juta kematian di seluruh dunia.
Di Malaysia, seramai 2.91 juta telah dijangkiti dan 32,034 orang meninggal dunia akibat penyakit yang menyerang saluran pernafasan itu.
Krisis kesihatan global ini merupakan satu sejarah dalam kehidupan manusia moden dan masih belum dapat disembuhkan dengan sebarang ubat. Manusia di seluruh dunia kini bergantung dengan pemberian vaksin.
Banyak yang telah kita hilang dalam tempoh dua tahun ini terutama dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan serta sosial.
Pada tahun 2021, kita melangkah masuk ke tahun baharu dengan penuh keyakinan bahawa Covid-19 akan berjaya diselesaikan, tetapi ia tidak lama apabila kes meningkat dan langkah kawalan lebih ketat terpaksa diambil.
Kini apabila memasuki tahun 2022, kita terus meletakkan keyakinan sama dengan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Daripada lebih 20,000 kes pada Ogos 2021, pemberian vaksin telah menunjukkan penurunan kes begitu ketara sejak September hinggalah kepada Januari lalu. Tetapi kini, memasuki Februari 2022, kes meningkat semula dan dijangka akan mencapai angka 15,000 tidak lama lagi.
Nampaknya, harapan untuk melihat tahun 2022 untuk bangkit semula agak kelam untuk kita semua. Timbul persoalan, adakah tahun ini akan hilang begitu sahaja?
Antara yang akan terjejas teruk ialah golongan pelajar. Ia dikategorikan sebagai generasi yang hilang kerana tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan sempurna.
Harapan utama kita hanyalah pengambilan dos penggalak untuk melindungi nyawa termasuk menunggu keberkesanan ubat-ubatan yang sedang diuji dan digunakan di beberapa buah negara.
Untuk sementara itu, kita semua perlu terus berusaha menjaga dan melindungi diri dengan sebaiknya daripada dijangkiti.
Peningkatan kes Covid-19, Kita bakal kehilangan satu tahun lagi?
Baca Artikel Menarik:
- ‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ
- Penceraian Ezurin Khyra tidak dapat diterima peminatnya
- Geng Suami Kelaparan Tunggu Pegang Pinggan, Geng Isteri Ambil Gambar Dulu (Video)
- Ramai bimbang episod beraya di perantauan berulang lagi
- Dividen Tabung Haji 3 peratus?
- Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat
- Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib
- Individu kesan imej zombi guna Google Maps
- Erin sempat bergelar isteri untuk 2 hari sahaja
- Jaga-Jaga Buat Pesakit Diabetes Yang Perlu Elak 5 Menu Sedap Setiap Sarapan Pagi
- Ketua Pemuda Pas ‘serang’ Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.