Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat

Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat

KUALITI sperma lelaki akan memberi pengaruh kepada proses penghasilan sel telur dan bagi memastikan sperma sihat dan aktif, gaya hidup yang dijalani juga sangat memainkan peranan.

Bahkan pakar sakit tuan juga turut menyarankan agar kaum lelaki menjalani gaya hidup sihat agar kualiti sperma menjadi lebih baik.

Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengetahui sama ada sperma sihat atau pun sebaliknya?



Berjumpa dengan pakar sakit tuan adalah jalan terbaik untuk mengesahkan perkara itu, namun tidak ramai lelaki yang terbuka untuk berbicara soal peribadi dengan doktor.

Tetapi ada beberapa ciri untuk mengetahui dan mengenali kualiti sperma sama ada dalam keadaan baik atau pun tidak dengan mudah, termasuklah;

1. Saiz pinggang

Meskipun tidak memiliki six pack tetapi selagi ukuran pinggang anda tidak lebar dan besar, ada kemungkinan sperma yang dimiliki adalah sihat.

Mens Health melaporkan penyelidik dari Belanda menemukan bahawa lelaki dengan saiz pinggang 40 inci atau lebih memiliki jumlah sperma lebih rendah.



Dalam kajian itu mendapati, berat badan berlebihan terutamanya pada bahagian tengah tubuh dapat mengganggu pelepasan hormon seks serta penghasilan dan perkembangan sperma.

2. Berwajah feminin

Penyelidik di Sepanyol menemukan bahawa lelaki yang memiliki wajah maskulin iaitu lebih lebat dan luas cenderung memiliki kualiti sperma yang tidak sihat berbanding mereka berwajah lebih feminin.

3. Suka makan ikan

Ikan memiliki kesan perlindungan dan lelaki yang gemar makan ikan terutamanya salmon dan tuna mempunyai kandungan sperma 65 peratus lebih banyak dan aktif.

Omega 3 berpengaruh dalam penghasilan sperma!



4. Suara nyaring

Kualiti sperma lelaki yang mempunyai suara dalam dan serak adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki bersuara nyaring menurut kajian dilakukan Universiti Western Australia.

Dalam kajian itu mendapati lelaki dengan jenis suara itu memiliki jumlah sperma lebih rendah ketika ejakulasi.

Tahap testosteron mungkin menjadi salah satu penjelasan untuk masalah itu meskipun ia membuatkan wajah lelaki lebih maskulin dan suara lebih ‘jantan’.

Namun terlalu banyak testosteron akan memberi kesan kepada kualiti sperma.

Tidak Sangka!!..Wajah Maskulin, Suara ‘Jantan’ Antara Ciri-Ciri Lelaki Sperma Tidak Sihat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : cprc[email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker