Insurans wajib dimiliki usahawan TEKUN – Noh

Insurans wajib dimiliki usahawan TEKUN – Noh

Usahawan TEKUN akan diwajib miliki insurans perniagaan – Noh
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Pejabat Prestige Legacy di Wangsa Maju

KUALA LUMPUR – Usahawan mikro di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional akan diwajibkan memiliki skim insurans perniagaan bagi melindungi mereka daripada sebarang risiko keadaan luar jangka.



Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Tan Sri Noh Omar berkata skim yang dilaksanakan bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu memerlukan usahawan membayar kira-kira RM13 sebulan bagi mendapatkan perlindungan.

Beliau berkata pembelian insurans itu diwajibkan setelah melihat kepentingannya kepada usahawan terutama ketika berdepan waktu mencabar seperti bencana banjir.

“Skim ini sebenarnya sudah diperkenalkan kepada usahawan TEKUN dulu tetapi dijadikan pilihan (sukarelawan) dan sekarang kita (kementerian) hendak mewajibkannya.

“Perincian lanjut mengenainya akan saya maklumkan kelak kerana melalui skim ini, mereka mendapat perlindungan insurans sama seperti polisi insurans kenderaan, cuma ini TEKUN akan uruskan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bangunan pentadbiran syarikat insurans Prestige Legacy di Wangsa Maju, di sini hari ini.



Noh dalam pada itu berkata syarikat insurans juga digalak memperluaskan skim perlindungan insurans mereka kepada sektor perniagaan memandangkan ketika ini belum ada syarikat insurans memasukkan perihal bencana alam dalam perlindungan insurans mereka kecuali bagi kenderaan yang dibuat secara pilihan.

“…kerana itu, kita nampak sudah sampai masanya mereka memberikan pertimbangan atau peluang kepada usahawan untuk membeli skim insurans.

“Sebab kita tahu sekarang ini, macam-macam keadaan boleh berlaku dan jika ia (liputan insurans) dapat dikembangkan saya ingat itu amat baik,” katanya. MG

Insurans wajib dimiliki usahawan TEKUN – Noh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker