Empat pekerja sempat keluar, kedai perkakasan musnah 90 peratus
Empat pekerja sempat keluar, kedai perkakasan musnah 90 peratus

KUALA LUMPUR: Empat pekerja sempat menyelamatkan diri sebelum sebuah kedai perkakasan musnah 90 peratus dalam kebakaran membabitkan deretan lima premis dua tingkat di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong, dekat sini, pagi tadi.
Tindakan pantas bomba berjaya menghalang api merebak cepat daripada memusnahkan empat premis bersebelahan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.26 pagi.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
Ashrul Riezal berkata, api merebak cepat, namun tindakan pantas anggota berjaya menyelamatkan empat premis lain dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.16 pagi.
“Ketika kejadian, empat pekerja berada dalam premis, namun sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya.
Ashrul Riezal berkata, semua pekerja hanya mengalami sesak nafas akibat asap dan tiada mangsa lain dilaporkan.
Beliau berkata, operasi itu disertai 32 anggota dan dua anggota Bomba Komuniti dari BBP Puchong, Subang Jaya, Seri Kembangan serta Petaling Jaya,” katanya.
Ashrul Riezal berkata, empat jentera pemadam, dua jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah kenderaan utiliti dan dua lori tangki air digunakan dalam operasi itu.
“Kerja pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran masih dijalankan,” katanya.
Empat pekerja sempat keluar, kedai perkakasan musnah 90 peratus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.