Remaja hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Plentong, rakan terselamat
Remaja hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Plentong, rakan terselamat

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Plentong berhampiran jambatan Permas, di sini, petang tadi manakala rakannya berjaya diselamatkan.
Remaja hilang dikenal pasti sebagai Mohd Adli Mohd Faizal, 14, manakala rakannya yang diselamatkan orang ramai itu adalah Mohd Izran Helmi Abdullah, 14.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I Saiful Bahari Mahpop, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.30 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari BBP Johor Jaya dan BBP Skudai dikejarkan ke lokasi bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), sebuah pikap serta sebuah bot.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati terdapat dua mangsa dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
“Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang lagi masih hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Saiful Bahari berkata pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kejadian.
Beliau berkata, Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) turut dimaklumkan bagi membantu operasi SAR yang diteruskan sehingga lewat petang tadi.
Remaja hilang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Plentong, rakan terselamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.