Warga emas parah dihempap pokok di Tamparuli

Warga emas parah dihempap pokok di Tamparuli

Warga emas parah dihempap pokok di Tamparuli
Anggota bomba mengusung mangsa sejauh kira-kira 700 meter sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut. – Foto ihsan JPBM

TUARAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun parah dihempap pokok tumbang ketika menjalankan kerja menebang di Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tamparuli, di sini petang tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong anak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.10 petang sebelum tujuh anggota dihantar ke lokasi sejauh 23 kilometer beserta satu jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Setibanya di lokasi pada jam 4.30 petang, pasukan bomba mendapati mangsa berada kira-kira 700 meter dari jalan raya selepas mengalami cedera parah di kepala akibat ditimpa pokok ketika melakukan kerja-kerja menebang pokok.

“Anggota bomba segera memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya keluar menggunakan pengusung,” katanya dihubungi.

Kurong berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa menaiki ambulan ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan lanjut.Warga emas parah dihempap pokok di Tamparuli

Warga emas parah dihempap pokok di Tamparuli


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lupa Janji!’, Armand Azha Ingatkan Nga Kor Ming

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker