Wanita rentung terperangkap dalam kereta terbakar di Sarawak
Wanita rentung terperangkap dalam kereta terbakar di Sarawak

KUCHING: Seorang wanita rentung selepas terperangkap dalam kereta dipandunya yang terbakar di jejambat Jalan Sibu-Bintulu, Selangau, kira-kira jam 7 malam ini.
Mangsa dikenalpasti sebagai Simbut Sigai, 49, ditemui tersepit di tempat duduk pemandu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.22 malam.
Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai dan tiba pada jam 7.24 malam.
“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati sebuah kereta sedang terbakar membabitkan bahagian enjin dan hadapan kenderaan.
“Maklumat awal diterima memaklumkan terdapat seorang mangsa masih terperangkap di dalam kereta terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
- Zahid Hamidi Ucap Tahniah, Onn Hafiz Menteri Besar Johor
Jurucakap berkenaan berkata, anggota bomba segera menjalankan operasi pemadaman sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya, sebelum meneruskan operasi menyelamat.
“Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas `road traffic accident ‘(RTA) kerana mangsa didapati masih tersepit di tempat duduk pemandu.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Operasi berjaya dikawal pada jam 8 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 8.53 malam selepas anggota bomba melakukan kerja pembersihan di lokasi.
Wanita rentung terperangkap dalam kereta terbakar di Sarawak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPT Perluas Kolej Kediaman IPTA Melalui Kerjasama Awam-Swasta
- Pemantauan Digital Mampu Perkukuh Penguatkuasaan Rantaian Bekalan Padi Dan Beras
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.