Gelombang haba di England ragut lebih 2,700 nyawa

Gelombang haba di England ragut lebih 2,700 nyawa

Gelombang haba di England ragut lebih 2,700 nyawa
WARGA emas berjalan melintasi deretan gerai menjual makanan di timur London semasa gelombang haba melanda pada 26 Jun lalu. – AFP

LONDON – Sekurang-kurangnya 2,700 orang terkorban di England dan Wales akibat gelombang haba pada Mei dan Jun tahun ini, demikian menurut kajian yang disiarkan hari ini.

Pakar-pakar dari Kolej Imperial London, Pejabat Meteorologi serta Sekolah Kebersihan dan Perubatan Tropika London menggunakan data cuaca, model iklim dan kajian mengenai lebihan kematian semasa gelombang haba berlaku untuk mencapai anggaran mereka.

United Kingdom(UK) dan kebanyakan rantau Eropah mengalami dua gelombang haba yang belum pernah terjadi pada Mei serta Jun lalu, dengan rekod bulanan masing-masing mencatat suhu 35.1 darjah Celsius dan 37.7 Celsius di England.

“Ia adalah gelombang haba yang ekstrem untuk UK dan untuk semua kawasan di Eropah Barat. Ia amat luar biasa dan berlaku awal,” Pengurus Sains Pasukan Atribusi Iklim Jabatan Meteorologi, Mark McCarthy dipetik sebagai berkata dalam kajian itu.Cuaca

Kajian sama menganggarkan kira-kira 550 orang meninggal dunia akibat gelombang haba antara 21 hingga 29 Mei lepas dan hampir 2,200 mati antara 18 hingga 28 Jun lalu di England serta Wales.

Pasukan saintis berkenaan menganggarkan suhu maksimum siang hari adalah antara 3 hingga 4 Celsius lebih tinggi daripada sepatutnya tanpa pemanasan global. – AFP

Gelombang haba di England ragut lebih 2,700 nyawa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lupa Janji!’, Armand Azha Ingatkan Nga Kor Ming

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker