‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ



‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap saman fitnah yang difailkan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung kenyataan “main belakang” yang dibuatnya pada 2008.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Lee Swee Seng sebulat suara menolak rayuan bekas ketua pemuda Umno itu.

Dua lagi hakim yang menjadi panel adalah Darryl Goon Siew Chye dan Ghazali Cha.

Panel hakim juga sebulat suara memutuskan tiada kesilapan yang boleh dirayu yang memerlukan semakan oleh mahkamah lebih tinggi.




Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan yang Khairy telah memfitnah Anwar dengan kenyataan itu yang dibuat pada ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, pada awal 2008, sejurus sebelum pilihan raya umum ke.

Mahkamah Tinggi mengarahkan Khairy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada Anwar. Mk

‘Main belakang’: Mahkamah Rayuan tolak rayuan KJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.