Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib

Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib

Najib Razak menggelar Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan sebagai “bebal” apabila mencabar BN menjadikannya wajahnya sebagai “poster boy” bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Jelas bekas presiden Umno itu, sudah tentu imej calon menteri besar akan digunakan sebagai poster boy memandangkan ia adalah pilihan raya negeri.

“Boleh tahan bebal, adik buku manifesto ini. Kan dah terang-terang ini pilihan raya negeri (PRN)?



“PRN sudah tentu guna calon ketua menteri atau menteri besar sebagai ‘poster boy’ – seperti apa yang BN buat masa PRN Melaka.

“Kenapa pula nak guna wajah saya, (Ahmad) Zahid (Hamidi) atau PM (perdana menteri) Ismail Sabri Yaakob? Cabaran bodoh apa ini?,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini Wan Saiful Wan Jan mengakui presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan menjadi “poster boy” dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini di sebalik kritikan Umno terhadap langkah parti itu menonjolkan imej Muhyiddin dalam pilihan raya.



Pada masa yang sama Wan Saiful mencabar Umno-BN supaya menjadikan Najib sebagai “poster boy” bagi menghadapi PRN Johor.

Untuk rekod Bersatu menjadikan Muhyiddin sebagai “poster boy” pada PRN Melaka, Nov tahun lalu.

Dalam pada itu, Najib secara sinis mencabar Bersatu supaya menekan “butang” jika ingin tahu siapa “poster boy” BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Hanya korang tak faham konsep ini dan telah tersalah guna slogan ‘Abah Sayang Melaka’ atau mungkin guna ‘Abah Sayang Johor’ (tapi tak berani pertahankan kerusi DUN)”.



“Tapi lain cerita pada PRU. Jika Wan Saiful ingin tahu siapa ‘poster boy’ BN pada PRU15 maka suruhlah boss kamu tekan butang dulu,” tulis Najib lagi. Mk

Boleh tahan kebebalan Wan Saiful – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali

Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker